Siakap Keli
gencatan senjata iran israel
Gambar: AFP

Trump Dakwa Iran & Israel Setuju ‘Gencatan Senjata Sepenuhnya’

Trump Dakwa Iran & Israel Setuju ‘Gencatan Senjata Sepenuhnya’

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa bahawa Iran dan Israel telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata secara berperingkat bermula Selasa, yang dijangka akan membawa kepada “penamatan rasmi” konflik antara kedua-duanya.

“Telah dipersetujui sepenuhnya antara Iran dan Israel bahawa akan berlaku GENCATAN SENJATA SEPENUHNYA,” tulis Trump pada Isnin malam menerusi platform Truth Social miliknya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Iran atau Israel bagi mengesahkan persetujuan tersebut.

Menurut perincian yang dikemukakan oleh Trump, gencatan senjata itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 24 jam, bermula sekitar jam 0400 GMT (12pm waktu Malaysia) pada Selasa.

Tambahnya, Iran juga dijangka menghentikan semua operasinya secara unilateral terlebih dahulu, diikuti Israel 12 jam kemudian.

“Apabila tiba jam ke-24, penamatan rasmi perang selama 12 hari itu akan diraikan oleh seluruh dunia,” katanya, sambil menambah bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk kekal “aman dan saling menghormati” sepanjang setiap fasa proses tersebut.

Pengumuman Trump itu dibuat hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan terhadap pangkalan tentera AS di Qatar, yang digambarkannya sebagai tindak balas “lemah” terhadap serangan udara AS ke atas tapak nuklear Iran pada hujung minggu lalu.

Sejak Israel melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran pada 13 Jun, kedua-dua negara telah saling membalas serangan udara secara berterusan.

BACA: Qatar Gantung Sementara Trafik Udara Susulan Konflik Iran-Israel

BACA: Iran Lapor Serangan Baharu Israel Ke Atas Kemudahan Nuklear Fordow

BACA: Iran Kenakan Hukuman Gantung Terhadap Lelaki Didakwa Perisik Israel

Sumber: AFP

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.