Siakap Keli
Gambar: Fb อ่างทองทูเดย์

Pelajar Thailand Tunggang Kuda Ke Sekolah Curi Perhatian Ramai

Pelajar Thailand Tunggang Kuda Ke Sekolah Curi Perhatian Ramai

Seorang pelajar sekolah menengah di Thailand menarik perhatian orang ramai apabila memilih cara unik untuk ke sekolah setiap hari dengan menunggang seekor kuda, lapor Bangkok Post.

Theeraphat Ransaworanan, atau lebih dikenali sebagai “Ten”, merupakan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Wisetchaichan Tantiwitthayapoom.

Dia kini menjadi sebutan masyarakat tempatan selepas dilihat hadir ke sekolah setiap hari bersama kudanya yang dinamakan “Sunny”, seekor kuda jantan berusia tiga tahun.

Menurut Theeraphat, minatnya terhadap kuda bermula sejak tahun pertama sekolah rendah apabila dia memujuk neneknya untuk membelikannya seekor kuda.

Bukan sahaja mahir menunggang, malah dia kini memiliki dua ekor kuda sendiri.

“Pada awalnya saya rasa malu kerana ramai memandang. Tapi saya memang cintakan kuda.

“Tambahan pula, ia jimat minyak dan lebih selamat berbanding motosikal,” katanya kepada media tempatan.

Malah, dia turut mengajar penduduk setempat menunggang kuda dan menyertai perarakan tradisional sebagai sumber pendapatan sampingan.

Theeraphat juga meminjamkan seekor kudanya kepada pelajar Tingkatan 1, Ratchapong untuk ke sekolah bersama.

Gambar: Fb อ่างทองทูเดย์

Sementara itu, Pengetua sekolah, Nutchanart Yimchan memuji sikap dan disiplin kedua-dua pelajar terbabit.

Beliau berkata, Theeraphat telah mengemukakan permohonan rasmi untuk membawa kudanya ke sekolah pada awal penggal, dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan haiwan tersebut di kawasan sekolah.

“Inisiatif ini merupakan satu bentuk soft power yang unik bagi sekolah kami. Ia mencerminkan kreativiti dan komitmen pelajar terhadap minat mereka,” ujar Nutchanart.

Sumber: Bangkok Post

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.