Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Rasmi Pembangunan Kota MADANI Di Putrajaya 

Iqbal Yasir
anwar rasmi kota madani
Gambar: Bernama

PM Anwar Rasmi Pembangunan Kota MADANI Di Putrajaya

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19, satu inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.

Projek bernilai RM4 bilion itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan build, lease, maintain and transfer (Bina-Pajak-Selenggara-Pindah–BLMT), tanpa melibatkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal.

Kota MADANI bakal merangkumi 10,000 unit kuarters kediaman berintensiti tinggi yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk, sekolah menegak serta pelbagai kemudahan awam.

Pembangunan ini dirangka dengan integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital pintar dan sistem mobiliti hijau.

Kemudahan lain yang dirancang termasuk institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekolah, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis, masjid, institusi kewangan serta reka bentuk berunsur budaya tempatan bagi mengekalkan warisan seni bina.

Fasa pertama pembangunan dijangka bermula pada September ini dan siap menjelang akhir 2027.

Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan merealisasikan visi Malaysia MADANI dan konsep bandar CHASE – bersih, sihat, maju, selamat dan lestari.

Kota MADANI dijangka menjadi perintis model pembangunan bandar masa depan di Malaysia yang bakal dicontohi kawasan lain.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kos Projek Kota MADANI Ditanggung Pemaju Sepenuhnya, Tak Bazir Duit Rakyat