Siakap Keli
roman reigns
Kredit: WWE, Street Fighter

Roman Reigns Jadi Akuma Dalam Filem “Live Action” Street Fighter

Roman Reigns Jadi Akuma Dalam Filem “Live Action” Street Fighter

Bintang WWE, Roman Reigns telah dipilih untuk membawa watak Akuma di dalam filem aksi langsung Street Fighter, lapor The Express Tribune.

Bagi yang belum tahu, Street Fighter merupakan permainan video yang sangat popular sejak tahun 90-an.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Reigns menyertai beberapa lagi pelakon lain yang sudah disahkan termasuk penyanyi, 50 Cent dan pelakon, Jason Momoa.

Walaupun plot filem itu masih disembunyikan, namun pengumuman mengenai para pelakon yang membintanginya menarik perhatian ramai.

Reigns yang telah meninggalkan rancangan WWE selepas WrestleMania 41, kini mengalihkan fokusnya ke layar perak. Karakter Akuma iaitu seorang artis bela diri berambut merah yang berkuasa menjadi satu tanda lembaran baharu dalam kerjaya Reigns.

BACA: Sony Dilapor Intai Henry Golding Untuk Bawa Watak Saitama Dalam Filem “Live Action” One Punch Man

Filem ini sedang diusahakan oleh Legendary Entertainment dengan kerjasama Capcom. Ia diarahkan oleh Kitao Sakurai yang terkenal dengan The Eric Andre Show.

Para peminat permainan video itu tidak sabar untuk melihat bagaimana Reigns menghidupkan watak Akuma yang garang di skrin. Dalam masa yang sama, mereka juga berharap watak dan jalan cerita Street Fighter II yang ikonik dipersembahkan dengan baik.

Dalam perkembangan lain, Reigns dilaporkan akan kembali ke pentas WWE sebelum SummerSlam.

“Roman Reigns bersedia untuk kembali ke WWE sebelum SummerSlam. Persediaan untuk kemunculan semula telah pun bermula, termasuk usaha untuk pemasaran dan promosi barangan,” kata WrestleVotes.

Sumber: The Express Tribune

BACA JUGA: Netflix Sahkan “Live Action” One Piece Bakal Disiarkan Tahun Ini

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.