Siakap Keli
gurun paling tandus dunia
Sumber: AFP

Gurun Paling Tandus Dunia Dilitupi Salji

Gurun Paling Tandus Dunia Dilitupi Salji

ATACAMA, CHILE — Penduduk Atacama yang terletak di bahagian utara Chile dikejutkan dengan pemandangan salji yang melitupi permukaan tanah gurun paling kering dunia itu pada Khamis lalu.

Balai cerap ALMA yang terletak 2,900 meter di atas paras laut meluahkan rasa kagum menerusi hantaran di X berserta rakaman video menunjukkan pemandangan tanah luas dilitupi salji putih.

“Menakjubkan. Gurun Atacama, paling gersang di dunia diselimuti salji,” katanya di kapsyen video.

Balai cerap itu menambah bahawa salji adalah perkara biasa di Dataran Tinggi Chajnanator, yang terletak pada ketinggian melebihi 5,000 meter dan menempatkan teleskop gergasinya. Bagaimanapun, mereka tidak pernah menerima salji di fasiliti utamanya sejak sedekad lalu.

salji Atacama
Sumber: AFP

Memetik AFP, Pakar Klimatologi Universiti Santiago, Raul Cordero berkata tiada kepastian lagi untuk mengaitkan kejadian salji itu dengan perubahan iklim.

Pun begitu, pemodelan iklim menunjukkan bahawa kejadian seperti ini, iaitu hujan di Gurun Atacama, berkemungkinan akan menjadi lebih kerap.

Atacama, yang terkenal sebagai lokasi dengan langit paling gelap di dunia, sejak beberapa dekad lalu telah menjadi lokasi utama bagi pemasangan teleskop tercanggih dunia.

Teleskop ALMA yang dibangunkan oleh Balai Cerap Selatan Eropah, Balai Cerap Astronomi Radio Kebangsaan AS dan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Jepun diiktiraf sebagai yang paling berkuasa.

Sumber: AFP

BACA: Mahkamah Tolak Permintaan Netanyahu Tangguh Perbicaraan Kes Rasuah

BACA: Laporan Hasil Siasatan Putra Heights Diumumkan Isnin – Amirudin

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.