Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Mahkamah Israel pada Jumaat menolak permintaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk menangguhkan memberi keterangan berkenaan perbicaraan kes rasuahnya, lapor AFP.
Pada Khamis, peguam Netanyahu meminta pengecualian dari mahkamah selama dua minggu dengan alasan ‘isu keselamatan’ selepas tamat Perang 12 Hari antara Israel dan Iran.
Mahkamah daerah Jerusalem dalam penghakiman yang diterbitkan dalam talian berkata permintaan Netanyahu tidak memberikan asas atau justifikasi terperinci untuk pembatalan perbicaraan.
Berdasarkan pemfailan yang diteliti AFP, peguam Netanyahu, Amit Hadad segera mengemukakan permintaan baharu supaya perbicaraan dua minggu akan datang dibatalkan.
“Menjadi keperluan untuk Perdana Menteri menumpukan sepenuh masa dan tenaganya kepada isu politik, negara dan keselamatan yang sedang dihadapi,” hujahnya ketika menyerahkan jadual Netanyahu kepada mahkamah.
Rabu lepas Donald Trump menyifatkan pertuduhan terhadap Netanyahu sebagai ‘pemburuan ahli sihir’. Beliau juga menggesa perbicaraan tersebut dibatalkan dengan segera atau sebaliknya memberi pengampunan.
Netanyahu menzahirkan rasa syukur di atas sokongan Trump sepanjang perang Israel-Iran yang berakhir dengan genjatan senjata pada 24 Jun.
Beliau turut menafikan sebarang salah laku dan penyokongnya telah menyifatkan perbicaraan yang berlanjutan lama itu bermotifkan politik.
Sebelumnya, dalam pertuduhan pertama atas Netanyahu dan isterinya, Sara, mereka dituduh menerima barang mewah bernilai USD260,000 (RM1 juta) daripada seorang jutawan sebagai pertukaran bagi kepentingan politik. Antara barangan mewah tersebut adalah cerut, barang kemas dan champagne.
Dalam dua kes lain, Netanyahu dituduh atas percubaan merunding dengan dua media Israel untuk mendapat liputan yang lebih baik.
Sepanjang tempoh bertugasnya dari akhir tahun 2022 hingga kini, kerajaan Netanyahu mencadangkan satu siri pembaharuan kehakiman yang meluas, dianggap media sebagai langkah untuk melemahkan mahkamah.
Netanyahu telah meminta beberapa penangguhan dalam perbicaraan sejak ia bermula pada Mei 2020, memetik perang Gaza yang bermula pada 2023, kemudian berperang di Lubnan serta konflik dengan Iran pada bulan ini.
Sumber: AFP