Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
trump rasuah netanyahu
Gambar: AFP

Trump Gesa Perbicaraan Kes Rasuah Netanyahu Digugurkan Atau Beri Pengampunan

Fazidi

Trump Gesa Perbicaraan Kes Rasuah Netanyahu Digugurkan Atau Beri Pengampunan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa agar perbicaraan kes rasuah melibatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu digugurkan atau diberi pengampunan.

Menurut AFP, Trump membuat gesaan itu melalui aplikasi media sosial miliknya, Thruth, pada Rabu.

Trump yang turut berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah yang didakwanya bersifat politik berkata, beliau mendapat tahu Netanyahu telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah pada Isnin depan.

“Perbicaraan kes Netanyahu perlu dibatalkan dengan segera atau dia diberikan pengampunan sepenuhnya,” tegas Trump.

Menurut AFP, perbicaraan kes Netanyahu telah pun tertunda beberapa kali sejak dimulakan pada Mei 2020 antaranya disebabkan pemimpin itu meminta penangguhan untuk memberi fokus kepada perang di Gaza dan konflik dengan Lubnan selepas itu.

Dalam kes pertama, Netanyahu dan isterinya, Sara didakwa menerima rasuah berupa barangan mewah seperti curut, barang perhiasan dan minuman alkohol yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih $260,000.

Trump Gesa perbicaraan kes rasuah libatkan Benjamin Netanyahu digugurkan

Kedua-dua didakwa menerima rasuah tersebut daripada seorang billionaire sebagai pertukaran kepada kelebihan politik.

Netanyahu juga berdepan dua lagi kes iaitu cubaan berunding untuk mendapatkan liputan memihak kepadanya daripada dua outlet media Israel.

Menurut AFP, Netanyahu menafikan semua pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran yang menyaksikan ketegangan meletus antara kedua-dua.

Dalam tempoh berkenaan, Iran turut melancarkan deretan serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel sebagai tindak balas.

‘Perang 12 Hari’ tamat pada Selasa

Amerika Syarikat menyertai sekutunya dalam konflik itu apabila melaksanakan operasi pengeboman ke atas kemudahan nuklear milik Iran termasuk di Fordow, pada 22 Jun lepas.

Iran seterusnya bertindak balas dengan serangan tersebut dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar, sehari kemudian.

Tidak lama selepas itu, Trump pada Selasa mengumumkan gencatan senjata antara Iran dan Israel sekaligus menamatkan konflik yang dinamakan sebagai ‘Perang 12 Hari’.

“Amerika Syarikat telah menyelamatkan Israel dan sekarang Amerika Syarikat bersedia untuk menyelamatkan pemimpinnya pula,” tegas Trump.

BACA: PM Anwar Rasmi Pembangunan Kota MADANI Di Putrajaya

Sumber: AFP, Barron