Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Zahir Rasa Kecewa Dengan Kes Rasuah Peringkat Tertinggi Dalam ATM

Athirah
kes rasuah atm
Kredit: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agong Zahir Rasa Kecewa Dengan Kes Rasuah Peringkat Tertinggi Dalam ATM

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan perasaan kecewa terhadap kes rasuah dalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sampai peringkat tertinggi.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen hari ini.

“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi.

“Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik Sarjan saja jadi PAT. Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau tip of the iceberg,” titahnya.

Baginda bertitah amalan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran.

“Saya pernah sebut dahulu yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu rasuah dan nampaknya saya telah berjaya.

“Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, imigresen, polis dan sebagainya. Serta termasuk juga yang berada di dalam Dewan akan terus diburu sampai jumpa,” titah baginda lagi.

Penerima, pemberi rasuah wajar disiasat

Di samping itu, baginda turut bertitah bahawa bukan sahaja penerima rasuah wajar disiasat, malah pemberi rasuah serta ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan tegas.

Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan dengan pantas, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Baginda turut menyarankan kepada kerajaan untuk menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

Sultan Ibrahim bertitah, mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam bahawa jawatan yang disandang merupakan amanah rakyat dan negara.

“Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah adalah dianggap sebagai pengkhianat negara’,” titah baginda.

BACA: Fenomena Gerhana Matahari ‘Cincin Berapi’ Dijangka Berlaku Bulan Depan
BACA: Tidak Sedar Pemilik Sudah Meninggal Dunia, Anjing Ini Setia Menunggu Di Luar Rumah
BACA: Lelaki Minta Sunting Gambar Mata Kelihatan Terbuka, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”
BACA: US Embassy KL Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa, Netizen Bergurau “Kami Tak Ada Minyak, Ada Sawit Je”

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar via Facebook