Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Fenomena Gerhana Matahari ‘Cincin Berapi’ Dijangka Berlaku Bulan Depan
Gerhana matahari pertama bagi tahun 2026 dijangka berlaku pada 17 Februari, menjadikan ia peristiwa cakerawala istimewa yang dikenali sebagai gerhana matahari anulus atau sering dirujuk sebagai gerhana ‘cincin api’.
NDTV melaporkan fenomena ini hanya boleh disaksikan dari kawasan terpencil di Antartika.
Walaupun gerhana pada 17 Februari hanya dapat dinikmati oleh segelintir orang, ia menandakan permulaan kepada siri tiga gerhana matahari dalam tempoh 708 hari.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), fenomena itu berlaku apabila Bulan melintas di hadapan Matahari tetapi kelihatan sedikit lebih kecil, mewujudkan lingkaran cahaya matahari yang bercahaya di sekeliling tepinya.

“Gerhana matahari anulus berlaku apabila Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi, tetapi ia berada pada atau berhampiran titik terjauhnya dari Bumi. Oleh kerana Bulan lebih jauh dari Bumi, ia kelihatan lebih kecil daripada Matahari dan tidak menutupi Matahari sepenuhnya,” tulis NASA.
Sementara itu, Forbes melaporkan fenomena gerhana matahari kedua dijangka berlaku pada6 Februari 2027, apabila ‘cincin api’ dapat dilihat merentasi Chile, Argentina dan sebahagian Afrika Barat,dengan tempoh sehingga 7 minit 51 saat.
Gerhana ketiga pada 26 Januari 2028 menjadi sorotan utama kerana ‘cincin api’ selama 10 minit 27 saat boleh disaksikan dari Kepulauan Galápagos, Ecuador dan Brazil, sebelum berakhir sewaktu matahari terbenam di Sepanyol.
Fenomena ini menandakan gerhana matahari pusat ketiga Sepanyol dalam tempoh hanya 532 hari.