Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kronologi kes skandal ATM
Kredit: Bernama
Kronologi Kes Skandal Rasuah Pegawai Tertinggi ATM

BERNAMA

Kronologi Kes Skandal Rasuah Pegawai Tertinggi ATM

KUALA LUMPUR, 22 Januari (Bernama) -- Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar hari ini didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Muhammad Hafizuddeain turut berdepan dengan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Rasuah Shah Alam, Selangor esok, manakala isterinya akan didakwa dengan satu pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.

Sementara itu, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaafar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, di sini esok, membabitkan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Beliau juga akan menghadapi pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Berikut ialah kronologi melibatkan skandal rasuah pegawai tertinggi ATM:

22 Dis 2025: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mendakwa dia mempunyai dokumen forensik yang menunjukkan aliran wang bulanan puluhan ribu ringgit ke dalam akaun seorang pegawai kanan tentera dan ahli keluarganya.

23 Dis 2025: SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk menyiasat projek perolehan secara tender terbuka dan perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat sejak 2023.

24 Dis 2025: SPRM merakam keterangan tiga individu dan mempergiatkan siasatan dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah perolehan.

27 Dis 2025: Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti serta-merta untuk memberikan laluan kepada siasatan tanpa konflik kepentingan.

29 Dis 2025: SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

8 Jan 2026: Seorang bekas PTD dan dua isterinya direman bagi membantu siasatan kes rasuah.

10 Jan 2026: SPRM menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur, dipercayai milik isteri kedua kepada bekas pegawai tertinggi tentera darat.

14 Jan 2026: SPRM mengesahkan penahanan seorang lagi pegawai tertinggi ATM untuk membantu siasatan lanjut kes projek tender perolehan tentera darat.

15 Jan 2026: SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM berikutan dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan MINDEF.

19 Jan 2026: SPRM menyerahkan kertas siasatan membabitkan bekas pegawai tertinggi ATM kepada pendakwa raya.

21 Jan 2026: SPRM mengesahkan telah mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dua bekas pegawai tertinggi ATM.

22 Jan 2026: Muhammad Hafizuddeain dan isterinya Salwani Anuar didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Sumber:BERNAMA