Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
terengganu larang aktiviti "busking"
Kredit: Wan Sukairi Wan Abdullah
Terengganu Larang Aktiviti "Busking" 10 Malam Terakhir Ramadan

Azizah Najib

Terengganu Larang Aktiviti "Busking" 10 Malam Terakhir Ramadan

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu menetapkan larangan aktiviti busking pada 10 malam terakhir Ramadan di seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap daerah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, perkara berkenaan diputuskan selepas mengambil kira pandangan serta maklum balas pihak berkepentingan semasa sesi libat urus pada 12 Januari 2026.

Sesi tersebut melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Persatuan Busker Negeri Terengganu serta Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kemaman.

Aktiviti busking dibenarkan di luar tempoh 10 malam terakhir

Bagaimanapun, aktiviti tersebut dibenarkan bagi tempoh selain 10 malam terakhir, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak PBT kawasan masing-masing.

"Kerajaan negeri bersetuju untuk melarang sepenuhnya aktiviti busking pada 10 malam terakhir Ramadan (21 hingga 30 Ramadan 1447H) di seluruh kawasan pentadbiran PBT setiap daerah.

"Bagi tempoh selain 10 malam terakhir, aktiviti busking dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan PBT masing-masing," maklum beliau.

Katanya, antara syarat utama yang ditetapkan termasuk masa persembahan yang hanya dibenarkan bermula 9.30 malam hingga 12 tengah malam.

Aktiviti tersebut juga tidak boleh dilakukan berhampiran masjid atau surau, dengan jarak melebihi 500 meter.

"Hanya persembahan bercorak ketuhanan, termasuk nasyid, lagu-lagu seumpamanya serta lagu raya dibenarkan," jelas beliau.

Tambahnya, ketetapan tersebut bertujuan memastikan keharmonian, keselamatan dan keselesaan masyarakat, terutamanya sepanjang bulan Ramadan.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan supaya PBT tidak mengenakan caj yang tinggi kepada busker yang mematuhi syarat.

"Kerajaan negeri menyeru semua pihak untuk mematuhi ketetapan ini demi menjaga kesucian bulan Ramadan dan memastikan suasana harmoni di seluruh Negeri Terengganu," ujarnya.