RPN 2026-2035: Prasekolah Mulai Usia Lima Tahun, Tahun 1 Mulai Usia Enam Tahun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan perubahan struktur pendaftaran pendidikan awal kanak-kanak melibatkan prasekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan.
Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Putrajaya hari ini.
Perubahan yang dilaksanakan melibatkan kemasukan pendidikan prasekolah bermula pada usia lima tahun dan ibu bapa boleh mendaftar anak secara sukarela ke Tahun 1 pada usia enam tahun pada 2027.
Beliau memaklumkan bahawa perkara ini belum diwajibkan pada bagi memberi ruang kepada ibu bapa yang belum bersedia.
Menurutnya, kerajaan memberikan pilihan untuk anak-anak menerima pembelajaran formal lebih awal sesuai dengan keupayaan masa kini.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta menambah baik kemudahan khusus kepada guru.
“Kita juga akan pastikan kemudahan guru, bilik guru diperbaiki,” umum Anwar.
Sumber:Siaran langsung Astro Awani