Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mahkamah Tinggi Khas Rasuah Ditubuhkan Susulan Titah Agong

Athirah
Kredit: Bernama

Mahkamah Tinggi Khas Rasuah Ditubuhkan Susulan Titah Agong

Badan Kehakiman Malaysia mengambil langkah menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mengendalikan perbicaraan kes rasuah, termasuk rayuan daripada Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, lapor Astro Awani.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh sistem kehakiman negara serta mempercepatkan penyelesaian kes rasuah di Malaysia.

“Inisiatif itu akan dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

“Perkara itu susulan rundingan Hakim Besar Malaya bersama Ketua Hakim Negara bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15, pada Isnin

“Dalam titah baginda, keperluan untuk menyediakan hakim yang berpengalaman bagi mendengar kes rasuah telah ditekankan, selain menekankan perlunya laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera.

“Setakat ini, terdapat 14 Mahkamah Sesyen Khas Rasuah telah ditubuhkan di seluruh Malaysia dengan matlamat menyelesaikan kes-kes rasuah dalam tempoh satu tahun dari tarikh pendaftaran.

“Bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda, Hakim Besar Malaya setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara bersetuju supaya Badan Kehakiman Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar perbicaraan kes-kes rasuah, termasuk rayuan dari Mahkamah Sesyen Khas Rasuah,” kata kenyataan itu pada Selasa.

BACA: Niat Cuma Nak Bantu, Suami Maut Selepas Isteri Picit Jerawat Di Hidung

Sumber: Astro Awani