Siakap Keli
mara terjah mrsm besut buli
Gambar: TikTok @drasyrafwajdi

Isu Buli: Pengerusi MARA Terjah MRSM Besut

Isu Buli: Pengerusi MARA Terjah MRSM Besut

BESUT — Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan lawatan mengejut ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut, susulan kejadian buli yang berlaku di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di platform TikTok @drasyrafwajdi, kunjungan beliau ke MRSM berkenaan dilakukan tanpa pengetahuan pihak pengurusan maktab.

“Seusai merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Kompleks UMNO Dewan Uthmaniyah, Pulau Lima saya terus mengambil masa untuk #Terjah ke MRSM Besut tanpa pengetahuan pihak pengurusan maktab bagi meninjau sendiri maktab yang terkait dengan insiden buli beberapa hari lepas.

“Saya amat kecewa dan dukacita apabila mendengar ada insiden buli di maktab ini. Ini bukan budaya kita. Ini bukan DNA MRSM,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil peluang itu untuk berjumpa dan menitipkan nasihat pelajar-pelajar MRSM berhubung isu buli.

“Mengambil peluang berjumpa dengan anak-anak pelajar di surau dan titipkan beberapa pesanan dan peringatan kepada mereka. Budaya buli ini langsung tidak mencerminkan nilai Ulul Albab, sahsiah MARA dan prinsip pendidikan yang kami perjuangkan.

“Di MARA, kami tekankan prinsip “You Touch, You Go” , sesiapa yang terlibat dalam kes buli secara langsung atau bersubahat, tidak akan ada tolak ansur,” katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut, Dr Asyraf  berkata, MRSM bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan pembentukan akhlak, jati diri dan kepimpinan masa depan negara.

“Kita tidak boleh benarkan satu insiden mencemar keseluruhan institusi yang merupakan medan melahirkan kepimpinan masa hadapan negara.

“Saya dan pengurusan MARA akan pastikan budaya buli dihapuskan sampai ke akar. MARA menetapkan sasaran ‘Sifar Buli’ di semua MRSM agar budaya toksik seperti ini tidak lagi berlaku dan perlu dihapuskan segera,” jelasnya.

@drasyrafwajdi

TERJAH MRSM BESUT: ISU BULI Seusai merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Kompleks UMNO Dewan Uthmaniyah, Pulau Lima saya terus mengambil masa untuk Terjah ke MRSM Besut tanpa pengetahuan pihak pengurusan maktab bagi meninjau sendiri maktab yang terkait dengan insiden buli beberapa hari lepas. Saya amat kecewa dan dukacita apabila mendengar ada insiden buli di maktab ini. Ini bukan budaya kita. Ini bukan DNA MRSM. Mengambil peluang berjumpa dengan anak-anak pelajar di surau dan titipkan beberapa pesanan dan peringatan kepada mereka. Budaya buli ini langsung tidak mencerminkan nilai Ulul Albab, sahsiah MARA dan prinsip pendidikan yang kami perjuangkan. Di MARA, kami tekankan prinsip “You Touch, You Go” , sesiapa yang terlibat dalam kes buli secara langsung atau bersubahat, tidak akan ada tolak ansur. MRSM bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan pembentukan akhlak, jatidiri dan kepimpinan masa depan negara. Kita tidak boleh benarkan satu insiden mencemar keseluruhan institusi yang merupakan medan melahirkan kepimpinan masa hadapan negara. Saya dan pengurusan MARA akan pastikan budaya buli dihapuskan sampai ke akar. MARA menetapkan sasaran ‘Sifar Buli’ di semua MRSM agar budaya toksik seperti ini tidak lagi berlaku dan perlu dihapuskan segera. MerakyatkanMARA MARAGemilang TerjahMRSM BanterasBuli YouTouchYouGo MRSMBebasBuli HidupBiarBerjasa HidupKuMilikUmmah

♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Sumber: TikTok @drasyrafwajdi

BACA: Pelajar Terlibat Kes Buli Di MRSM Telah Dibuang – Asyraf

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.