Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Terlibat Kes Buli Di MRSM Telah Dibuang – Asyraf

Sofea
pelajar terlibat kes buli
Kredit: Bernama

Pelajar Terlibat Kes Buli Di MRSM Telah Dibuang – Asyraf

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa kesemua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Terengganu yang terlibat kes buli telah dibuang dari sekolah tersebut.

Asyraf memberitahu tentang perkara terbabit di laman Facebook miliknya.

“Semua enam pelajar MRSM di Terengganu yang didapati membuli secara fizikal telah diarahkan dibuang daripada Maktab. Tiada kompromi atas apa jua alasan. #YouTouchYouGo,” katanya.

Terdahulu, seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Besut dilaporkan telah menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu, kejadian berlaku pada 11.30 malam dan remaja berusia 14 tahun itu membuat laporan polis semalam, lapor Bernama.

“Mangsa diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar.

“Kejadian menyebabkan mangsa sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan,” katanya

Sementara itu, perintah reman terhadap kesemua pelajar yang terlibat buli itu akan diperolehi oleh polis di Mahkamah Majistret Besut pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki