Siakap Keli
graduan kanser
Kredit: TikTok @shafiqalsukri

Kanser Tak Halang Graduan Berdiri Gagah Di Pentas Konvokesyen

Kanser Tak Halang Graduan Berdiri Gagah Di Pentas Konvokesyen

Kita tidak pernah benar-benar tahu apa yang sedang dilalui oleh seseorang dalam hidupnya, kerana setiap insan menempuh jalan hidup yang berbeza.

Ada yang diuji dengan kesempitan hidup, ada yang diduga dengan kehilangan insan tersayang, dan ada pula yang bergelut dengan rasa sakit yang mencengkam tubuh dan jiwa.

Namun, di sebalik semua ujian itu, masih ada insan yang memilih untuk bangkit, melangkah gagah demi mencapai impian dan mencari tujuan hidup.

Tidak dinafikan, bukan semua orang mampu bertahan, apatah lagi melangkah yakin ketika sedang bertarung dengan penyakit yang menguji jiwa dan raga.

Tetapi, itulah kisah luar biasa graduan pejuang kanser dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim.

22 kemoterapi, 15 radioterapi

Gadis cekal ini bukanlah insan biasa. Syahidatunnajwa merupakan seorang pejuang kanser yang telah menjalani 22 kali rawatan kemoterapi dan 15 sesi radioterapi. Sehingga kini, beliau masih menjalani rawatan susulan.

Namun, segala derita yang dilalui tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah.

Hari ini, beliau berdiri megah di pentas konvokesyen bersama rakan-rakan seperjuangan. Bukan sekadar menggenggam segulung ijazah, tetapi membawa sekali kisah perjuangan yang menjadi sumber inspirasi buat ramai.

@shafiqalsukri

Motivasi untuk adik adik di luar sana terus semangat belajar sampai ke menara gading.. tahniah bakal guru 🤲🏻 semoga cepat sembuh 🤲🏻

♬ suara asli – hooman ◡̈ – 𝙃𝙪𝙢𝙖𝙣 ◡̈

Menyuntik harapan buat yang sedang berjuang

Kisah Syahidatunnajwa menyuntik harapan kepada mereka yang sedang bergelut dalam diam, bahawa dalam ujian yang getir, masih wujud ruang untuk kita bersinar.

Marilah kita sama-sama menitipkan doa yang tidak putus buat beliau.

Semoga segala urusan rawatannya dipermudahkan, diberi kesembuhan dan terus diberi kekuatan untuk melangkah jauh sebagai bakal pendidik anak bangsa.

BACA: Senarai Perkhidmatan CIMB Yang Dikenakan Caj SST 8%

BACA: Apa Itu Cukai Jualan? Ini Senarai Barangan Asas Yang Tidak Dikenakan & Dikenakan Cukai

BACA: Kelebihan RTS Link JB-Singapura Yang Korang Kena Tahu

Sumber: TikTok @shafiqalsukri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.