Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

JPJ Lanjut Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan bahawa tempoh Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150 yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun 2025, telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.
Tawaran ini hanya melibatkan tiga kategori saman tertentu, iaitu:
1. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) — dari Oktober 2018 hingga kini,
2. Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) — bagi tahun 2023 dan ke bawah,
3. Notis 115 (Permintaan Butir-Butir Pemandu) — bagi tahun 2023 dan ke bawah.
Menurut JPJ, sebanyak 442,870 saman telah berjaya diselesaikan menerusi tawaran ini sejak ia mula diperkenalkan pada 2 Januari 2025.
Namun begitu, masih terdapat lebih 2 juta saman tertunggak, iaitu sejumlah 2,025,322 saman yang belum dijelaskan setakat 30 Jun 2025.
Justeru, JPJ mengingatkan orang ramai agar tidak melepaskan peluang pelanjutan ini dan segera menyelesaikan saman tertunggak sebelum 31 Disember 2025.
“Kegagalan menyelesaikan mana-mana saman yang boleh dikompaun samada yang tertunggak atau yang telah melebihi tarikh kompaun boleh menyebabkan kenderaan disenarai hitam oleh jabatan ini secara automatik oleh sistem bermula 1 Julai 2025,” tegas JPJ.
Untuk info, orang awam boleh menyemak dan menyelesaikan pembayaran saman (kecuali saluran MyEG dan Pejabat Pos Malaysia) melalui beberapa saluran. Antaranya:
1. Aplikasi MyJPJ
2. Portal mySIKAP (Awam)
3. Kios JPJ
4. JPJ Mobile
5. Kaunter JPJ
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran khas ini, orang awam boleh menghubungi JPJ negeri atau cawangan berdekatan atau melayari laman web rasmi di sini.


BACA: Golongan Pendidik Boleh Tebus Baucar Buku Guru MADANI Mulai Hari Ini – KPM
BACA: Letupan Paip Gas Putra Heights Diklasifikasi NFA – Ketua Polis Selangor
BACA: Kes Bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Bekas Pakar Patalogi