Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cetus Panik, Ular Tedung Melingkar Masuk Depan Rumah

Iqbal Yasir
ular masuk rumah
Gambar: TikTok @pithek_11

Cetus Panik, Ular Tedung Melingkar Masuk Depan Rumah

Seperti yang diketahui, ular merupakan sejenis haiwan reptilia berdarah sejuk. Kebiasaannya, habitat asli reptilia ini terletak di kawasan beriklim panas dan lembap, terutamanya di hutan hujan tropika.

Namun begitu, ular juga sering ditemui di kawasan berdekatan penempatan manusia seperti kebun, ladang, dan semak samun.

Haiwan ini cukup dikenali kerana sifatnya yang boleh menjadi sangat agresif apabila merasa terancam.

Sesetengah spesies ular memiliki bisa yang sangat berbahaya dan mampu membunuh mangsa dalam masa yang singkat jika tidak dirawat segera selepas dipatuk.

Selain itu, ular juga mempunyai pelbagai bentuk, corak, dan saiz mencapai panjang yang mengerikan.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seekor ular dipercayai ular tedung selar yang memasuki kediaman rumah penduduk sehingga mencetuskan panik.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna @Pithek_11 di platform TikTok.

“Aduh cobra di depan rumah ku.. cobra depan rumah ku”

Dalam klip berdurasi 29 saat itu memaparkan reptilia itu melingkar di ruang depan sebuah rumah penduduk. Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di Kalimantan, Indonesia.

Sementara itu, terdapat beberapa orang yang cuba membantu mengusir ular berkenaan dengan menggunakan sebatang kayu termasuk seekor anjing.

Bagaimanapun, ular berkenaan kelihatan tidak berganjak dengan berpusing-pusing di ruang itu.

Situasi itu mencetuskan panik seorang wanita yang berada di dalam rumah, melihat ular berkenaan yang bersaiz besar dan panjang.

Sementara itu, menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan haiwan itu. Apatah lagi saiznya yang besar dan panjang.

“Ni bukan Cobra lagi tapi King Cobra,” komen seorang pengguna.

“Macam mana ceritanya ular tu ada di depan rumah,” tulis seorang pengguna.

“Besarnya… seramnya,” komen seorang lagi.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 15 juta tontonan dengan lebih 580,000 tanda suka dan pelbagai komen netizen.

Sumber: TikTok @pithek_11

BACA: Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi

BACA: Ular Sawa Gergasi ‘Muncul’ Melingkar Atas Siling Rumah

BACA: (Video) Ular Sawa Besar Ditangkap Kekenyangan, Viral ‘Tersadai’ Selepas Telan Kambing