Siakap Keli
GEMFEST 2025 : Reflections - Raikan Keperibadian dan Kepelbagaian Dimensi Batu Permata yang Indah

GEMFEST 2025 : Reflections – Raikan Keperibadian dan Kepelbagaian Dimensi Batu Permata yang Indah

GEMFEST 2025 : Reflections – Raikan Keperibadian dan Kepelbagaian Dimensi Batu Permata yang Indah

Kuala Lumpur — HABIB, jenama barangan kemas terkemuka Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan GEMFEST 2025: Reflections, sebuah penghargaan untuk keperibadian, keanggunan dan keunikan menerusi tarikan abadi batu permata dan berlian, yang akan berlangsung dari 4 Julai sehingga 27 Julai 2025 di bilik pameran HABIB seluruh negara.

“Di HABIB, setiap proses pembuatan barangan kemas diberi perhatian sepenuhnya – dari menjelajah serata dunia untuk mendapatkan sumber terbaik dan memastikan para pereka barangan kemas mendapatkan inspirasi global bagi menghasilkan rekaan yang bermakna. Misi kami adalah untuk meningkatkan penghargaan terhadap keindahan dan keunikan batu permata semula jadi,” kata Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB dan pakar gemologi.

Koleksi GEMFEST 2025 mempamerkan kehalusan seni pertukangan dan keindahan batu permata seperti tanzanite, aquamarine dan pink spinel yang menambah keunikan. Koleksi ini turut mengetengahkan gaya stacking dengan cincin bertindan, gelang minimalis dan rekaan berlapis serta memberi kebebasan kepada pemakai untuk mengekspresikan gaya tersendiri. Lebih daripada sekadar barangan kemas indah, setiap rekaan melambangkan pelbagai lapisan kehidupan — menyerlah namun ramah, berpijak di bumi yang nyata namun bersinar terang. Sama ada ketenangan aquamarine, kekayaan warna tanzanite atau kilauan berlian, GEMFEST 2025: Reflections menjemput pelanggan meraikan keperibadian yang bersinar peribadi .

Koleksi-Koleksi Pilihan

Inspirasi Art Deco

Antara sorotan utama dalam GEMFEST 2025 ialah pilihan barang kemas halus yang diilhamkan oleh geometri Art Deco yang mengagumkan. Salah satu rekaan utama adalah loket tanzanite berbentuk oktagon di tengah, dipadankan dengan batu tourmaline hijau. Loket ini dilengkapi dengan rantai unik yang dihiasi safir biru dan tourmaline hijau yang tersusun secara simetri — cantik digayakan bersama atau berasingan. Set ini didatangkan bersama rantai tangan dan cincin sepadan, disusun teliti bersama batu tanzanite, tsavorite dan berlian potongan marquise. Koleksi ini mempamerkan keanggunan dan kemewahan yang memukau.

Turut mencuri tumpuan adalah rantai aquamarine dengan potongan carved yang unik, dihiasi tanzanite potongan trillion dan ditatahkan denganberlian, yang disusun kemas dengan simetri moden. Aquamarine yang diukir menambah unsur puitis, manakala tanzanite potongan trillion berbentuk segi tiga memberi sentuhan menawan yang menyerlahkan kemewahan dan keanggunan.

 

Sebuah kerongsang kontemporari turut diperkenalkan – gabungan warna ceria dan rekaan mewah. Tourmaline merah jambu dan hijau yang terang dipadankan dengan emas putih dan ros, mencipta keseimbangan antara seni moden dan keanggunan klasik.

Diamond Stackables

Koleksi ini direka untuk digandingkan, disusun dan dipadankan mengikut gaya dan citarasa tersendiri. Minimalis, anggun dan versatil — rekaan ini terdiri daripada cincin, gelang, rantai tangan dan subang yang boleh digayakan dua atau tiga lapisan, dan ditampilkan dalam kemasan licin atau bertatah berlian sepenuhnya.

Untuk peminat gaya klasik dengan sentuhan glamor moden, koleksi gelang tangan ini menggabungkan kemewahan dan inovasi. Diperbuat daripada emas ros, setiap gelang tangan menampilkan bentuk sfera berselang-seli — sebahagiannya bertatah penuh dengan berlian pavé, selebihnya menampilkan kemasan polished yang bersinar, dan disempurnakan dengan sebutir berlian yang berkilau.

Diperbuat daripada emas 18K dan berlian berkualiti tinggi, koleksi ini menggalakkan pemakai untuk mengekspresikan identiti dan gaya masing-masing — sesuai untuk golongan profesional muda mahupun pencinta fesyen kontemporari.

Selari dengan misi HABIB untuk memperkasakan para pelanggan dengan ilmu batu permata, GEMFEST 2025 turut menampilkan konten pengetahuan menerusi media sosial, sesi livestream interaktif bersama pakar, cerita di sebalik setiap batu dan inspirasi rekaan. Inisiatif ini bertujuan mendekatkan lagi pelanggan dengan keindahan dan kisah setiap batu permata – sebagai lambang ekspresi dan warisan.

Temui keunikan batu-batu permata dan kehalusan pertukangan di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara dari 4 Julai hingga 27 Julai 2025. Untuk maklumat terkini, layari www.habibjewels.com dan ikuti kami di:
• Instagram & TikTok: @habibjewelsofficial
• Facebook & LinkedIn: @HABIB

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.