Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemain bola palestin maut israel
Gambar: Persatuan Bola Sepak Palestin

Pemain Bola Sepak Palestin Maut Dalam Serangan Dron Israel

Iqbal Yasir

Pemain Bola Sepak Palestin Maut Dalam Serangan Dron Israel

GAZA —Dunia bola sepak Palestin berduka selepas berita pemergian pemain dari kelab Khadamat Al-Maghazi, Muhannad Al-Lee yang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kediamannya di Kem Pelarian Maghazi, Gaza Tengah.

Menurut kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Palestin, serangan berlaku pada Isnin lalu apabila sebuah dron Israel melancarkan peluru berpandu, tepat mengenai bilik tidur Muhannad di tingkat tiga rumahnya.

Serangan itu mengakibatkan kecederaan serius di bahagian kepala termasuk pendarahan dalaman pada tengkoraknya.

Difahamkan Muhannad bertarung nyawa selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Untuk makluman, Muhannad, yang berusia awal 30-an, dikenali sebagai antara bakat besar bola sepak Palestin.

Beliau memulakan kariernya bersama Khadamat Al-Maghazi dan berjaya membawa kelab itu ke Liga Perdana Palestin pada musim 2016/2017 sebelum berhijrah ke Shabab Jabalia dan mencatat kejayaan sebagai naib juara Liga Perdana musim 2018/2019.

Beliau kemudian menyertai Gaza Sports Club, namun mengalami kecederaan ligamen lutut yang memaksanya berehat panjang sebelum kembali bersama Khadamat Al-Maghazi.

Semalam, dunia bola sepak dikejutkan dengan berita pemergian penyerang Liverpool, Diogo Jota, yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.

Menurut laporan agensi berita Sepanyol, EFE, Jota, 28, berasal dari Portugal, terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Rias Bajas (A-52) berhampiran kawasan Palacios de Sanabria, Zamora, di bahagian barat laut negara itu, awal pagi Khamis.

Lebih menyayat hati, abangnya, Andre Silva, turut disahkan terkorban dalam insiden yang sama.

Diogo Jota mula menyarung jersi Liverpool pada September 2020 selepas perpindahannya dari Wolverhampton Wanderers dengan nilai melebihi £40 juta.

Sumber: WAFA Agency

BACA: Kronologi Kemalangan Maut Diogo Jota

BACA: Baru 2 Minggu Bergelar Suami, Diogo Jota Pergi Tinggalkan Isteri & Anak