Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak dan Sarawak serta keseluruhan negeri Perlis.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak pula, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Manakala, daerah yang terlibat di Sarawak adalah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Kapit (Song dan Kapit) dan Limbang (Lawas).
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Maksud Sebenar Nombor Pada Pelekat Buah, Sayur Di Pasar Raya
BACA: Hari Terpendek Dalam Sejarah Mungkin Bakal Tiba, Amaran Saintis
BACA: Kajian Dedah Bentuk Sebenar Tubuh Lelaki Yang ‘Sempurna’
Sumber: METMalaysia