Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banjir Kilat Texas: 27 Kanak-Kanak Di Kem Musim Panas Masih Hilang

Sofea
banjir kilat texas
Kredit: AFP

Banjir Kilat Texas: 27 Kanak-Kanak Di Kem Musim Panas Masih Hilang

AMERIKA SYARIKAT— Banjir kilat yang berlaku di Texas sejak lewat Khamis menyaksikan seramai 27 kanak-kanak di Kem Mystic masih hilang, lapor CNN.

Kem yang melibatkan semua pelajar perempuan itu terletak di sepanjang Sungai Guadalupe. Menurut laporan, paras air di sungai terbabit meningkat lebih daripada 20 kaki dalam tempoh kurang daripada dua jam.

Bencana itu juga meragut sekurang-kurangnya empat nyawa peserta di kem terbabit.

Seorang ibu memberitahu CNN bahawa anak perempuannya yang berusia 8 tahun masih lagi hilang.

“Dia adalah kanak-kanak yang paling gembira dan senyuman tidak pernah lekang di bibirnya. Dia juga suka berkhemah, ini adalah tahun pertamanya,” katanya.

Sementara itu, banjir besar terbabit telah memperlihatkan bangunan dan kabin di kem terbabit dilitupi tanah dan lumpur. Kelihatan juga tilam kanak-kanak perempuan berselerak di atas lantai.

Pihak berkuasa telah berjanji bahawa mereka tidak akan berehat sehingga semua yang hilang ditemui. Usaha mencari termasuk melalui bot di sungai, dari udara dan kru di darat.

BACA: Sekurang-kurangnya 43 Maut, Termasuk 15 Kanak-Kanak Dalam Banjir Kilat Di Texas

Dalam pada itu, Kem Mystic merupakan perkhemahan musim panas Kristian untuk kanak-kanak perempuan yang terletak di Hunt.

Untuk pengetahuan, kem ini disertai oleh 750 kanak-kanak secara keseluruhan dan mereka boleh mengambil bahagian dalam 30 aktiviti berbeza termasuk memanah, berkanu, menari dan memancing.

Kem yang ditubuhkan pada tahun 1926 ini juga dikatakan membangunkan kualiti peribadi dan harga diri yang luar biasa dalam kalangan peserta.

Selain Kem Mystic, terdapat beberapa lagi kem musim panas yang beroperasi ketika bencana berlaku. Ia termasuk Kem La Junta dan Kem Heart O’ the Hills.

CNN melaporkan bahawa pengarah dan pemilik bersama Kem Heart O’ the Hills turut meninggal dunia dalam kejadian itu.

Kem itu terletak di tepi Sungai Guadalupe dan betul-betul di laluan banjir.

Terdahulu, lebih 40 orang dilaporkan maut akibat banjir kilat yang berlaku di wilayah terbabit. Jumlah itu juga melibatkan seramai 15 orang kanak-kanak.

Sumber: CNN