Siakap Keli
Jangka bnm turunkan opr
Kredit: Bernama

Maybank IB Jangka BNM Turunkan OPR 25 Mata Asas

Maybank IB Jangka BNM Turunkan OPR 25 Mata Asas

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada Rabu ini.

Menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini, walaupun data ekonomi semasa masih belum melepasi nilai ambang untuk penurunan, petunjuk awal momentum pertumbuhan yang lembap dan tekanan luaran yang meningkat mewajarkan langkah awal berikutan impak dasar dapat dilihat selepas tempoh tertentu.

“Kenyataan mesyuarat MPC pada Mei yang cenderung untuk menurunkan kadar telah membuka ruang kepada pelonggaran dasar oleh BNM. Dari aspek pengurusan risiko, kami percaya risiko melaksanakan penurunan terlalu lewat adalah lebih besar berbanding terlalu awal,” katanya.

Menurut Maybank IB, bon ringgit diniagakan tinggi minggu lepas, dengan keluk hasil antara mendatar dan tiga mata asas lebih rendah.

Sementara itu, bon tempatan ASEAN mengekalkan kenaikannya walaupun terdapat jualan dalam pelaburan selamat United Kingdom dan tekanan pasca data senarai gaji bukan ladang ke atas Perbendaharaan Amerika Syarikat.

BACA: Roh Orang Mati Jadi Hantu, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM

BACA: Mayat Enam Sekeluarga Ditemukan Dalam Kereta Di Sungai Korok

BACA: “Allah Saja Tahu Perasaan Kami Semua Saat Ini” – Adik Mohammad Azim

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.