Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Roh Orang Mati Jadi Hantu, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM
Dalam banyak filem seram tempatan mahupun luar negara, kita sering disajikan dengan kisah roh orang mati yang bangkit semula.
Ada yang berkeliaran di dunia, menakut-nakutkan manusia, membalas dendam, dan tidak kurang juga yang kononnya mencabut nyawa orang hidup.
Akibat terlalu biasa dengan gambaran sebegitu, tidak dinafikan ada yang percaya bahawa gangguan makhluk halus adalah disebabkan oleh roh manusia yang sudah meninggal dunia.
Malah, ada yang yakin roh boleh ‘pulang’ ke dunia kerana ada urusan yang belum selesai.
Tapi persoalannya, betulkah roh orang mati boleh kembali dan menghantui kita?
Justeru, bagi menjawab segala kekeliruan ini, kami bawakan penjelasan daripada Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dalam banyak filem seram, tak kisah la Melayu, Korea, Thai, atau Hollywood, kita selalu tengok orang mati lepas tu jadi hantu, merayau-rayau kat dunia. Persoalannya, betul ke orang mati boleh kembali ke dunia?
Baik! Mari kita mula dengan satu ayat mantap dari al-Quran:
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: ‘Roh itu urusan TuhanKu, dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja.'” (Surah al-Isra’ : ayat 85)
Maksudnya, pasal roh ni, manusia ni sebenarnya tahu sikit je. Macam tengok trailer filem je, tak tahu full story. Jadi kita kena akui, ada benda kita takkan faham 100%. Tapi jangan risau, kita cuba faham setakat yang Allah bagi izin.
Para ulama bagi definisi macam-macam, tapi kita ringkaskan begini:
Roh ni macam “nyawa dalam bentuk tak nampak”.
Bila dia ada dalam badan, kita hidup, boleh makan mi goreng boleh pergi kerja dan buat macam-macam aktiviti.
Bila dia keluar.. kita stop semua tu. Tamat tempoh di dunia.
Roh ni halus dan misteri.
Jawapan pendek, tak boleh. Jawapan panjang, TAK BOLEHHHHHHHHH. Tapi mari kita hurai sikit ya..
Allah dah ‘lock’ mereka yang dah mati dalam satu zon khas, nama dia alam barzakh. Ibarat “transit” sebelum ke destinasi akhirat. Mereka dah masuk ‘departure gate’, tak boleh keluar walaupun tertinggal beg!
Ayat al-Quran kata:
“Di hadapan mereka ada barzakh (dinding pemisah) hingga hari mereka dibangkitkan..” (Surah al-Mu’minun : ayat 100)
Maknanya, mereka bukan balik nak ziarah keluarga, nak buat prank macam pontianak menyakat manusia dalam filem, nak sambung buat kerja ofis yang tertangguh, semua tu tak boleh. Dah non-returnable.
Yes, mimpi memang berlaku. Ada ulama kata, dalam tidur, roh kita “dipinjam” dan boleh jumpa roh yang dah mati. Tapi tu dalam mimpi, bukan dalam dunia nyata.
Jadi kalau mimpi jumpa atuk yang dah lama pergi, jangan panik, itu bukan filem seram. Mungkin Allah nak beri peringatan atau kasih sayang.
Betul! Ada satu hadis dari Nabi SAW kepada Sayyidina Jabir RA :
“Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: “Mohonlah kepada-Ku”. Lantas ayahmu berkata: “Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi. Maka Allah berfirman: “Aku telah memutuskan bahawa mereka (yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia.” (Hadis riwayat Ahmad)
Clear kan? Even orang soleh pun tak dapat balik. Jadi kalau ada makhluk merayau dan orang kata “ni arwah si polan ni..”, hmm..
Roh orang mati tak boleh balik ke dunia. Full stop.
Kalau nampak sesuatu yang menyeramkan waktu malam, jangan terus cop itu “roh si mati”, boleh jadi jin tengah ambil kesempatan.
Islam ajar kita supaya percaya bahawa dunia ni ada batasnya. Dan roh yang dah pergi, telah berpindah ke alam lain, bukan stuck atas dunia sebab nak balas dendam.
So, rileks. Jangan takut bayang sendiri. Tapi jangan pula terlalu yakin sampai lupa baca doa tidur dan doa keselamatan.
Kalau betul-betul rindu yang dah pergi, sedekahkan Al-Fatihah. Bukan jerit “aku tahu kau ada kat sini!” depan cermin jam 12 malam.
Yang lagi pelik, boleh pulak main seru roh dengan permainan ‘Spirit Of The Coin’. Yang datang bukan roh si mati, tapi jin yang mungkin menyerupai si mati. Kemudian tanya pula soalan kepada ‘si mambang’ tu. Dia pula menipu jawapan. Habis kaum manusia kena ‘scam’.
Sia-sia je percaya..
BACA: Mayat Enam Sekeluarga Ditemukan Dalam Kereta Di Sungai Korok
BACA: “Allah Saja Tahu Perasaan Kami Semua Saat Ini” – Adik Mohammad Azim
BACA: Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM