Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Kerajaan MADANI Tumbang Hassan
Gambar: PKR

9 Ahli Parlimen PKR Mesti Bertanggungjawab Jika Kerajaan MADANI Tumbang – Hassan

Iqbal Yasir

9 Ahli Parlimen PKR Mesti Bertanggungjawab Jika Kerajaan MADANI Tumbang – Hassan

JOHOR BAHRU — Tindakan sembilan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Rafizi Ramli mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kehakiman dilihat sebagai petanda bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memberikan pandangan sedemikian dalam satu hantaran di Facebook pada hari ini.

Jelasnya, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang banyak kuasa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam hal perlantikan hakim kini menjadi seorang suspek yang tidak dapat lari jika RCI ditubuhkan.

“Sebagai suspek utama Anwar mesti disiasat oleh RCI. Ini adalah implikasi dari tuntutan 9 MP Keadilan sendiri

“RCI hanya boleh dibentuk dan mendapat mandat melakukan siasatan sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kabinetnya bersetuju berbuat demikian dengan terma rujukan seperti yang dituntut oleh 9 MP PKR tersebut. Tanpa persetujuan PM dan Kabinet maka tuntutan 9 MP itu akan menjadi isu yang akan memburukkan lagi imej PM Anwar dan kerajaan pimpinannya.

“9 MP PKR tersebut meletakkan Presiden PKR sendiri dalam bahaya. Apa yang 9 MP PKR itu lakukan sekarang seperti meletakkan tengkok Anwar Ibrahim di bawah guillotine seperti dalam Revolusi Perancis.

“Adalah diakui bahawa 9 MP PKR tersebut telah menimbulkan isu yang sah atau legitimate dan bermerit. Isu kehakiman itu sekarang seperti “elephant in the room”.

“Tindakan 9 MP PKR itu adalah progresif dan radikal serta popular di kalangan rakyat. Tetapi risikonya ada. Adakah 9 MP PKR itu telah bersedia untuk menghadapi PM Anwar Ibrahim tumbang kerana menuntut RCI diadakan? Jika jawapannya Ya, maka jelaslah satu pemberontakan dalam sedang berlaku di dalam PKR itu sendiri,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Hassan berpendapat bahawa beliau tidak menafikan bahawa tindakan 9 MP backbencher kerajaan MADANI dari PKR ini adalah satu contoh baik dalam sistem parlimen demokrasi.

BACA: Malaysia, Indonesia Bakal Buka Lebih 10 Pintu Sempadan Baharu – Saifuddin Nasution

Tetapi dari segi politik dan Parti tindakan ini bermakna sedang berlaku “revolt” atau penentangan dalaman secara langsung terhadap Anwar Ibrahim Presiden PKR dan juga Perdana Menteri yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Anwar Ibrahim sekarang berada dalam keadaan defensive dan kerajaan MADANI semakin lemah dan hilang intergriti dengan isu kehakiman sekarang ini. Adakah 9 MP PKR telah memikirkan semasak-masaknya kepentingan jangka panjang negara dan rakyat; mempertahankan cita cita dan idealisme reformasi sebenar dan mengutamakan kepentingan perjuangan politik PKR dan tidak hanya sekadar kepentingan politik peribadi seorang pemimpin bernama Anwar Ibrahim?

“Jika jawapannya YA maka tindakan 9 MP PKR tersebut adalah satu cabaran paling serious, paling sengit dan berani datang dari 9 MP yang kebanyakannya adalah senior MP terhadap kepimpinan Anwar Ibrahin sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti.

“Tindakan 9 MP PKR ini menunjukkan ramai di kalangan pemimpin PKR terutamanya MP sudah hilang sabar, sudah hilang kepercayaan kerana melihat kerajaan pimpinan PM Anwar Ibrahim telah melakukan banyak kompromi sehingga kelihatan hipokrasi dalam banyak perkara.

“Apabila PM pulang dari lawatan di luar negara kerana menjalankan tanggungjawab untuk Malaysia dan rakyatnya maka tugas utama Anwar ialah untuk menangani tuntutan 9 MP PKR itu dengan bijaksana kerana penentangan backbencher ini dalam isu kehakiman bukannya isu kecil. Ini isu yang amat serius. Anwar Ibrahim sedang berhadapan suasana “seperti buku bertemu ruas” di dalam partinya sendiri.

“Bagaimanapun MP Pasir Gudang masih yakin kepada kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan akan mempertahankan kerajaan pimpinan PM Anwar Ibrahim dan kedudukan Anwar Ibrahim itu sendiri sebagai Perdana Menteri,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Hassan Abdul Karim