Utama

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Netanyahu Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan
WASHINGTON — Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Isnin berkata beliau telah mencalonkan Donald Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan sewaktu lawatan rasmi ke Rumah Putih pada Isnin semalam, lapor AFP.
Dalam pertemuan tersebut, Netanyahu menyerahkan sepucuk surat pencalonan kepada presiden AS itu yang telah dihantar kepada jawatankuasa anugerah tersebut.
“Beliau (Trump) sedang berusaha mencapai keamanan ketika ini, dalam satu negara, ke satu rantau demi satu rantau,” kata Netanyahu semasa majlis makan malam bersama Trump di White House.
Sebelum ini, Trump telah menerima pelbagai pencalonan untuk Hadiah Nobel Keamanan daripada penyokong dan ahli politik yang setia sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.
Trump juga dilihat tidak menyembunyikan rasa tidak puas hatinya kerana tidak pernah menerima anugerah berprestij itu.
Presiden dari parti Republikan itu pernah menyuarakan rungutan kerana diketepikan oleh Jawatankuasa Nobel Norway, meskipun terlibat sebagai pengantara dalam konflik antara India dan Pakistan, serta Serbia dan Kosovo.
Trump juga menuntut pengiktirafan atas usahanya dalam mengekalkan keamanan antara Mesir dan Ethiopia serta dalam memeterai Perjanjian Abraham, satu siri perjanjian untuk menormalisasi hubungan antara Israel dan beberapa negara Arab.
Difahamkan, Trump turut berkempen dan berjanji akan menggunakan kemahiran berundingnya untuk menamatkan perang di Ukraine dan Gaza dengan pantas, walaupun kedua-dua konflik tersebut masih berlarutan lebih lima bulan selepas beliau mula memegang jawatan presiden.
Sumber: AFP