Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sepanyol Buka Siasatan Jenayah Perang Terhadap Netanyahu
Mahkamah Kebangsaan Sepanyol pada Selasa telah membuka siasatan jenayah terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan beberapa pegawai kanan tentera termasuk Menteri Luar, Israel Katz, berhubung dakwaan melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Menurut Anadolu Agency, siasatan ini berkait dengan serangan tentera Israel ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan pada bulan lalu.
Kapal tersebut membawa 12 aktivis antarabangsa serta bekalan kemanusiaan, sebelum dipintas oleh pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa.
Antara aktivis yang ditahan termasuk aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, dan pejuang hak asasi manusia Perancis-Palestin, Rima Hassan.
Kes ini difailkan di bawah prinsip bidang kuasa sejagat oleh seorang rakyat Sepanyol, Sergio Toribio, dan Jawatankuasa Solidariti bersama Perjuangan Arab.
Menurut agensi itu lagi, tentera Israel didakwa menggunakan dron, gas pemedih mata serta melakukan penahanan secara haram terhadap orang awam.
Mahkamah Sepanyol turut memohon kerjasama daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mengaitkan serangan ke atas kapal tersebut dengan kemungkinan berlakunya jenayah genosid di Gaza.
Ini merupakan siasatan rasmi pertama oleh Sepanyol terhadap kepimpinan Israel berkaitan perang di Gaza.
“Ini satu langkah besar dalam perjuangan menentang kekebalan. Apabila sesebuah negara gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, masyarakat sivil harus bertindak menggunakan keadilan sebagai alat etika, undang-undang dan politik dalam menentang keganasan,” ujar Asens.
Sekiranya siasatan ini diteruskan, ia boleh mengehadkan pergerakan Netanyahu dan pegawai Israel lain ke negara-negara Eropah kerana mereka mungkin berdepan risiko waran tangkap antarabangsa.
Setakat ini, Israel bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
BACA: 2 Maut Dalam Serangan Israel Di Utara Lubnan – Kementerian Kesihatan
BACA: Bapa Lemaskan Bayi Dalam Baldi Sabun, Dakwa Mahu Ajar Isteri
Sumber: Anadolu Agency