Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ramai Tak Tahu: Touch ’n Go eWallet Ada Fungsi Toll SOS Balance
Pernah tak anda hampir masuk tol dan tiba-tiba teringat baki eWallet tak cukup? Panik mula datang lebih-lebih lagi bila anda menggunakan laluan RFID yang tidak ada juruwang.
Tapi tahukah anda, Touch ’n Go eWallet sebenarnya menawarkan satu fungsi yang sangat membantu dalam situasi kecemasan seperti ini? Fungsi ini dinamakan Toll SOS Balance dan ia telah menyelamatkan ramai pengguna RFID tanpa mereka sedari.
Apa itu Toll SOS Balance Touch ’n Go eWallet dan bagaimana ia berfungsi?
Toll SOS Balance ialah satu ciri automatik yang ditawarkan kepada pengguna Touch ’n Go eWallet yang menggunakan RFID untuk bayaran tol.
Ia membolehkan anda terus melepasi tol walaupun baki eWallet anda tidak mencukupi seolah-olah anda diberi “kredit sementara” oleh sistem.
Ibaratnya, Touch ’n Go bantu anda bayar dulu dan anda hanya perlu jelaskan jumlah tersebut apabila anda menambah nilai semula eWallet.
Sebagai contoh, katakan anda melalui tol dan caj dikenakan ialah RM2.30 tetapi baki dalam eWallet anda hanya RM0.50.
Dalam situasi biasa, anda mungkin tidak dapat meneruskan perjalanan. Tetapi dengan Toll SOS Balance, sistem akan “advance” bayaran itu untuk anda secara automatik dan jumlah RM2.30 itu akan ditolak kemudian sebaik sahaja anda top-up eWallet anda.
BACA : 10 Lokasi Terbaik “Sunrise & Sunset” Di Lembah Klang
Walaupun ciri ini sangat berguna, ia tidak ditawarkan kepada semua pengguna secara automatik. Toll SOS Balance hanya tersedia untuk pengguna yang telah menghubungkan tag RFID dengan eWallet Touch ’n Go mereka.
Selain itu, kelayakan ditentukan berdasarkan beberapa faktor termasuk sejarah penggunaan, rekod pembayaran dan status akaun. Sekiranya anda layak, fungsi ini akan diaktifkan secara automatik tanpa sebarang pendaftaran tambahan.
Cara semak status Toll SOS Balance Touch ’n Go eWallet
Untuk menyemak sama ada anda sedang menggunakan Toll SOS Balance atau ada baki tertunggak, anda hanya perlu:
Buka aplikasi Touch ’n Go eWallet
Pilih bahagian “RFID”
Paparan akan menunjukkan jika ada bayaran tertangguh yang masih belum ditolak
Sistem akan automatik menolak jumlah tersebut sebaik sahaja anda melakukan top-up seterusnya.
Perkara penting yang perlu diberi perhatian
Walaupun fungsi ini sangat memudahkan, penting untuk anda tahu bahawa Toll SOS Balance bukanlah hutang jangka panjang.
Ia hanya bertindak sebagai bantuan sementara dan perlu dibayar semula secepat mungkin. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama untuk top-up, akaun RFID anda boleh disekat buat sementara waktu sehingga jumlah tertunggak diselesaikan.
Selain itu, perlu diingat bahawa fungsi ini hanya boleh digunakan untuk pembayaran tol sahaja. Ianya tidak boleh digunakan untuk transaksi lain di dalam eWallet seperti membeli barang, bayar parking atau pemindahan dana.
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, kita semua pernah terlupa untuk top-up eWallet dan kadangkala terlupa itu berlaku saat kita sedang mengejar masa, dalam perjalanan kerja atau membawa anak kecil di dalam kereta.
Fungsi Toll SOS Balance ini wujud untuk memberi sedikit ruang dan fleksibiliti kepada pengguna agar tidak perlu berdepan situasi panik di plaza tol. Anda boleh teruskan perjalanan dahulu dan selesaikan bayaran selepas itu.
Jadi selepas ini, jika anda mendapati baki eWallet anda tak mencukupi saat menghampiri tol, jangan terus risau.
Selagi anda layak dan fungsi Toll SOS Balance aktif, anda masih boleh meneruskan perjalanan dengan tenang. Semak sekarang dalam aplikasi Touch ’n Go eWallet. Mungkin anda sudah pun menggunakan ciri ini tanpa sedar.
BACA : BINGKAS Selangor: Cara Mohon Bantuan RM300 Sebulan
Sumber :
touchngo