Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Israel Lancar Serangan Udara Ke Atas Ibu Pejabat Tentera Syria – TV Kerajaan
DAMSYIK — Israel dilapor telah melancarkan satu serangan udara berhampiran ibu pejabat tentera dan Kementerian Pertahanan Syria yang terletak di pusat bandar Damsyik, lapor televisyen kerajaan Syria.
Menurut laporan AFP, serangan terbaharu itu berlaku di Dataran Umayyad berhampiran bangunan ibu pejabat di pusat bandar Damsyik.
Rakaman langsung oleh saluran berita Al Jazeera turut memaparkan detik-detik beberapa letupan kuat yang menggegarkan bangunan berkenaan, diikuti asap tebal menjulang ke udara.
Beberapa bahagian bangunan dilihat rosak teruk akibat serangan itu.
Sumber: AFP