Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Panasonic Melancarkan Siri Penyaman Udara Generasi Baharu Untuk Mendefinisikan Semula Keselesaan Kediaman di Malaysia

Amira

Diperkasakan dengan teknologi nanoe™ X hak milik Panasonic bersama sensor pintar, Siri X-Premium Inverter menggabungkan penyejukan dan penapisan udara untuk perlindungan kediaman dengan udara yang lebih bersih dan sihat sepanjang hari

Shah Alam, Selangor, 16 Julai 2025 – Gaya hidup moden masa kini membuatkan permintaan lebih banyak daripada rakyat Malaysia — dari mengurus kos sara hidup yang meningkat sehinggalah ke elemen menjaga kesihatan dan menangani isu alam sekitar seperti jerebu.

Panasonic Malaysia mengambil langkah responsif dengan menampilkan inovasi bermakna yang benar-benar memenuhi keperluan gaya hidup tempatan.

Semalam, Panasonic Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharunya — Siri X-Premium Inverter, suatu penyelesaian penyaman udara pintar 2-dalam-1 generasi baharu yang menggabungkan penyejukan berprestasi tinggi dengan penapisan udara canggih, memberikan perlindungan udara dalaman sepanjang masa untuk kehidupan yang lebih sihat dan selesa.

Siri baharu X-Premium Inverter ini mencerminkan visi korporat Panasonic, “Create Today. Enrich Tomorrow.” yang menyokong kesejahteraan menyeluruh untuk manusia, masyarakat dan alam sekitar. Panasonic terus membina legasi inovasi dengan berteraskan warisan kualiti yang dipercayai lebih 100 tahun.

Diinspirasikan oleh Jepun dan dibangunkan dengan bangga di Malaysia sejak lebih 50 tahun, pengalaman tempatan Panasonic membolehkan syarikat ini memahami serta dapat memenuhi keperluan pengguna Malaysia dengan lebih baik berbanding dengan jenama-jenama lain.

Lebih daripada sekadar kelengkapan penyejuk, Siri X-Premium Inverter ini menggariskan kepercayaan Panasonic bahawa udara bersih adalah penting bukan sekadar untuk keselesaan, malah untuk kesejahteraan menyeluruh.

Memandangkan rakyat Malaysia kini banyak menghabiskan masa di dalam rumah, kualiti udara memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan, sekali gus mewujudkan ruang kediaman yang lebih selesa dan bebas tekanan.

“Kami memahami tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia pada masa kini, dari kos sara hidup yang semakin meningkat, kebimbangan kesihatan yang berterusan, sehingga kepada keperluan untuk ketenangan minda dalam dunia yang semakin pantas.

“Realiti-realiti harian ini telah memberikan inspirasi kepada kami untuk mencipta slogan ‘BeyondTheCool’ yang mencerminkan komitmen Panasonic untuk memenuhi keperluan sebenar dengan solusi yang lengkap dan bukan sekadar alat penyejuk.

“Siri X-Premium Inverter baharu ini menawarkan kecekapan tenaga bersama teknologi mampan yang memfokuskan kesihatan. Ia direka dengan teliti untuk mewujudkan ruang yang lebih baik untuk kehidupan setiap hari,” kata Encik Dai Nishi, Ketua Pegawai Operasi Panasonic Air-Conditioning Malaysia.

Tambah Nishi, “Panasonic komited untuk menyediakan kualiti udara dalaman yang lebih baik berbekalkan pemahaman mendalam mengenai gaya hidup tempatan dan berpandukan semangat Kualiti Jepun — ‘Omotenashi’ (penjagaan penuh keprihatinan), ‘Mottainai’ (menghormati sumber) dan ‘Monozukuri’ (kepakaran pembuatan dan kualiti). Beginilah cara kami merealisasikan keunggulan Jepun melalui inovasi yang boleh dipercayai, relevan dan berakar umbikan kesejahteraan pelanggan kami.”

Inovasi Pintar untuk Kehidupan Dalaman yang Lebih Bersih dan Sihat

Direka untuk menyokong kehidupan yang lebih baik di kediaman rakyat Malaysia, Siri X-Premium Inverter baharu ini dilengkapi Teknologi-teknologi Udara Bersih Panasonic dengan penambahbaikan terkini dalam penapisan, keselesaan dan sensor pintar.

Teras siri ini ialah nanoe™ X Generator Mark 3, yang menghasilkan 48 trilion radikal hidroksil sesaat — membolehkannya menghalang debunga dan menyahbau empat kali lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Teknologi nanoe™ X kami telah terbukti berkesan melalui lebih 100 ujian dalam menghapuskan bau, bakteria dan virus, kulapuk, alergen, serta debunga — dengan kelebihan tambahan untuk melembapkan kulit dan rambut.

Keberkesanan ini telah diperakui oleh pakar dalaman dan bebas yang diiktiraf. Ia amat bermanfaat bagi kediaman yang mempunyai anak kecil, warga emas, atau individu dengan masalah pernafasan. Dengan ciri-ciri ini, siri X-Premium Inverter menjadi peralatan pintar yang ideal semasa musim jerebu di Malaysia, memberikan udara yang lebih bersih dan selamat sepanjang tahun.

Ciri Inside Cleaning On Demand pula melengkapkan proses penapisan udara dengan membersihkan bahagian dalaman unit penyaman udara secara aktif dengan menghilangkan residu atau sisa-sisa daripada kelembapan. Sistem ini turut mengandungi Anti-Dust Cross Flow Fan yang mencegah pengumpulan habuk dalaman, manakala nanoe™ X menyekat bahan pencemar.

Gabungan ciri-ciri ini menghalang sehingga 99% bakteria, virus dan kulat dan mampu meningkatkan tahap kebersihan dan ketahanan unit.

Bagi membantu rakyat Malaysia memantau kualiti udara di rumah, setiap unit penyaman udara siri terbaharu ini dilengkapi dengan Clean Air Indicator iaitu paparan masa nyata (real-time display) tiga warna yang memantau tahap kualiti udara dan bertindak balas sewajarnya.

Ia turut dilengkapi Dust Sensor yang mengesan partikel sekecil PM2.5, dan Odour Sensor yang mengenal pasti bau-bau biasa seperti masakan, sampah, asap rokok, bau badan dan haiwan peliharaan. Ini membolehkan pengguna memahami dan menguruskan udara di sekeliling mereka dengan lebih intuitif.

Selain udara bersih, penjimatan tenaga juga menjadi keutamaan rakyat Malaysia. Siri X-Premium Inverter ini direka untuk kecekapan tenaga dengan menampilkan Cooling Seasonal Performance Factor (CSPF) yang tinggi dan penarafan tenaga 5 bintang. Ini boleh membantu menjimatkan kos elektrik dengan penggunaan tenaga sehingga 58% lebih rendah berbanding model bukan inverter.

Tambah Nishi, “Produk ini benar-benar unik kerana ia melambangkan pemahaman mendalam kami terhadap ciri-ciri rumah dan gaya hidup rakyat Malaysia. Dengan berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun dalam menghasilkan penyaman udara di Malaysia dan disokong pula dengan pusat penyelidikan dan pembangunan tempatan, kami boleh bertindak pantas untuk memenuhi keperluan keluarga Malaysia.

Komitmen kami juga tidak terhenti pada setiap pembelian. Kami mempunyai 12 pusat servis penyaman udara Panasonic dan 95 pasukan Home Service bertauliah di seluruh Malaysia yang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat sokongan yang boleh dipercayai pada bila-bila masa dan di mana juga.”

Kempen untuk Ketenangan Seharian: “Hidup Mesti Chill”

Bagi menyokong pelancaran produk ini, Panasonic Malaysia turut melancarkan kempen “Hidup Mesti Chill” — satu inisiatif bermakna untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar kekal tenang dan menjaga kesejahteraan mental walaupun menghadapi tekanan kehidupan harian. Melalui persekitaran dalaman yang bersih, sejuk dan sihat, Panasonic berhasrat untuk mencipta momen ketenangan dan keselesaan yang bermakna.

Seiring dengan kempen ini, Panasonic Malaysia turut melancarkan kempen istimewa khas untuk pengguna, “Hidup Mesti Chill dengan nanoe™ X”, yang menawarkan peluang kepada empat pemenang bertuah untuk memenangi hadiah utama berupa subsidi bil elektrik selama setahun bernilai RM10,000. Pemenang juga akan menerima perkakas rumah Panasonic serta kredit TNG eWallet. Kempen ini berlangsung sehingga 31 Oktober 2025.

Siri Penyaman Udara X-Premium Inverter baharu kini boleh didapati di pengedar sah Panasonic serta kedai dalam talian Panasonic Malaysia dengan harga seunit bermula dari RM 2,801.00. Semua Penyaman Udara Inverter Panasonic disertakan dengan jaminan 3 tahun untuk alat ganti umum, serta jaminan 5 tahun untuk unit pemampat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Kempen Hidup Mesti Chill.