Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Apa Perlu Dibuat Jika Tersilap Transfer Duit ke Akaun Asing?
Gambar AI
Tiada Kategori

6 Benda Kena Buat Jika Salah Akaun Semasa Transfer Duit

suhaila

6 Benda Kena Buat Jika Salah Akaun Semasa Transfer Duit

Bayangkan anda sedang membuat pemindahan wang secara atas talian sama ada melalui aplikasi perbankan mudah alih atau kaunter ATM dalam keadaan tergesa-gesa dan tiba-tiba anda tertekan satu angka yang salah pada nombor akaun penerima.

Malangnya, duit anda bukan sahaja masuk ke akaun orang lain, malah mungkin ke akaun yang anda langsung tidak kenali atau tiada sebarang kaitan.

Situasi ini memang boleh menimbulkan rasa panik, lebih-lebih lagi jika jumlah wang yang dipindahkan bukan sedikit.

Ramai yang tidak tahu, kes tersalah pindah duit ini sebenarnya agak biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja

Namun begitu, perkara yang paling penting apabila perkara ini berlaku ialah anda perlu tahu langkah yang betul untuk dilakukan secepat mungkin.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah-langkah penting yang boleh anda ikuti sekiranya tersilap transfer duit ke akaun asing.

Semoga panduan ini dapat membantu anda mengelakkan kerugian lebih besar dan menjadi lebih berhati-hati pada masa akan datang.

1. Semak semula butiran transaksi

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah semak semula butiran transaksi dengan teliti. Pastikan betul-betul bahawa pemindahan itu memang silap dan bukan kerana masalah teknikal lain.

Periksa tarikh, masa, jumlah wang dan nombor akaun penerima dengan seberapa terperinci yang mungkin.

Jika benar berlaku kesilapan, simpan semua bukti yang ada seperti resit pemindahan, tangkap layar transaksi atau apa sahaja maklumat berkaitan.

Bukti-bukti ini sangat penting untuk memudahkan proses siasatan pihak bank nanti dan juga jika diperlukan untuk laporan polis kemudian.

BACA : 7 Cara Untuk Cuci Kesan Kotoran Degil Pada Pakaian

2. Hubungi penerima jika kenal

Jika penerima duit itu ialah seseorang yang anda kenal seperti rakan atau ahli keluarga, perkara ini lebih mudah diuruskan.

Segera hubungi mereka dan jelaskan situasi sebenar dengan sopan dan jelas supaya tidak timbul salah faham. Biasanya, jika mereka jujur dan memahami keadaan mereka akan pulangkan semula wang tersebut tanpa banyak soal.

Pastikan urusan pemindahan balik dibuat secepat mungkin dan simpan bukti transaksi baru sebagai rujukan untuk keselamatan anda. Langkah ini juga dapat mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini pada masa akan datang.

3. Hubungi pihak bank

Namun, bagaimana pula jika penerima adalah orang yang tidak dikenali? Dalam kes ini, anda perlu segera menghubungi pihak bank tanpa berlengah.

Anda boleh pergi ke cawangan terdekat atau hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda. Maklumkan situasi anda dengan jelas.

Sertakan juga butiran lengkap pemindahan dan kemukakan semua bukti yang ada untuk memudahkan pegawai bank membuat semakan.

Pegawai bank akan memeriksa transaksi dan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu anda mendapatkan semula wang tersebut.

Proses ini mungkin mengambil sedikit masa. Jadi bersabarlah dan sentiasa berhubung dengan pihak bank untuk sebarang perkembangan yang terkini.

4. Bank tidak boleh paksa, penerima perlu setuju

Perlu diingat, pihak bank tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan semula wang secara automatik ke akaun anda tanpa kebenaran penerima.

Ini kerana wang itu sudah sah masuk ke akaun orang lain mengikut sistem. Apa yang akan dilakukan ialah pihak bank akan menghubungi penerima dan memaklumkan tentang kesilapan yang berlaku.

Jika penerima bersetuju barulah wang tersebut boleh dipulangkan kepada anda melalui prosedur yang betul. Dalam banyak kes, penerima yang beretika tidak akan keberatan untuk memulangkan wang yang bukan milik mereka.

5. Buat laporan polis jika penerima enggan bekerjasama

Sekiranya penerima enggan bekerjasama atau tidak mahu memulangkan semula wang tersebut, langkah seterusnya ialah membuat laporan polis dengan segera.

Dengan adanya laporan polis, pihak bank boleh meneruskan siasatan yang lebih mendalam secara rasmi dan anda juga mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penerima yang berdegil.

Jangan teragak-agak untuk meminta nasihat peguam jika kes menjadi lebih rumit, terutamanya jika jumlah wang yang terlibat agak besar.

6. Bertindak cepat

Apa pun, kunci utama untuk mengelakkan kerugian ialah bertindak segera dan jangan berlengah walaupun hanya satu hari.

Lagi cepat anda memaklumkan kepada bank, lebih tinggi peluang untuk memulangkan semula wang anda sebelum ia digunakan penerima.

Pada masa yang sama, ambil langkah berjaga-jaga pada masa hadapan dengan menyemak butiran akaun dengan teliti sebelum menekan butang ‘Hantar’.

Jika perlu, buat transaksi percubaan dengan jumlah kecil terlebih dahulu. Terutamanya jika ini pertama kali anda memindahkan wang ke akaun tersebut supaya risiko dapat diminimumkan.

Kesimpulannya jika berdepan situasi duit tersilap transfer ke akaun asing, jangan panik dan bertindaklah dengan cepat.

Ikut saluran yang betul dan simpan semua bukti dengan lengkap. Semoga panduan ini membantu anda bertindak dengan lebih yakin dan bijak sekiranya berdepan insiden yang tidak dijangka ini.

Sumber : CIMB, therakyatpost

BACA : Ini 6 Smartphone Selfie Paling Cantik 2025