i-Sayang KWSP: Syarat dan Cara Mohon
Dalam usaha membina keluarga yang lebih sejahtera dan terjamin masa depannya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan satu inisiatif menarik iaitu i-Sayang.
Program ini diwujudkan khusus untuk memberi peluang kepada para suami menzahirkan penghargaan kepada isteri melalui sokongan tambahan dalam bentuk caruman simpanan persaraan.
Di bawah program i-Sayang, setiap suami yang layak boleh memilih untuk memindahkan 2% daripada caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri mereka.
Apa yang menarik, pindahan ini akan dilakukan secara automatik setiap bulan tanpa perlu diuruskan secara manual setiap kali caruman bulanan dibuat.
Inisiatif ini adalah sukarela. Ini bermakna suami boleh membuat permohonan atas kerelaan sendiri selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan amalan perkongsian tanggungjawab kewangan dalam keluarga.
Namun begitu, pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan sesuka hati. Ia hanya akan dihentikan sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri.
Syarat Kelayakan Untuk i-Sayang
Agar program ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada golongan yang layak, KWSP telah menetapkan beberapa syarat penting.
Kelayakan untuk Suami:
Mestilah warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang sah.
Merupakan ahli berdaftar KWSP.
Belum mencapai usia 75 tahun.
Perkahwinan mesti sah dan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.
Kelayakan untuk Isteri:
Mestilah warganegara Malaysia.
Merupakan ahli berdaftar KWSP.
Belum mencapai usia 75 tahun.
Perkahwinan yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
Bagaimana Pindahan i-Sayang Dikira
Ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimana jumlah pindahan dikira. Berikut merupakan contoh mudah untuk gambaran:
Gaji bulanan suami: RM2,000
Kadar caruman syer pekerja: 11%
Jumlah caruman syer pekerja: RM220 (RM2,000 × 11%)
Jumlah pindahan ke akaun isteri: RM40 sebulan (2% daripada jumlah caruman syer pekerja)
Walaupun nilai 2% ini nampak kecil, namun jika dikumpul secara konsisten setiap bulan, ia mampu memberi simpanan tambahan yang bermanfaat kepada isteri, terutama apabila bersara kelak.
Bagaimana Cara Untuk Daftar i-Sayang KWSP
Bagi memudahkan proses pendaftaran, KWSP menyediakan beberapa pilihan yang boleh dipilih mengikut keselesaan ahli:
1. Melalui i-Akaun (Ahli)
2. Self Service Terminal (SST)
3. Pejabat KWSP
i-Sayang bukan sahaja mencerminkan kasih sayang suami terhadap isteri tetapi juga membantu meningkatkan tahap simpanan persaraan isteri yang mungkin selama ini tidak mempunyai jumlah caruman yang tinggi.
Dengan adanya tambahan ini, para isteri lebih bersedia untuk menghadapi fasa persaraan dengan lebih tenang.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai syarat, borang atau panduan lengkap pendaftaran, orang ramai digalakkan untuk melayari laman rasmi KWSP atau mengunjungi mana-mana pejabat KWSP berdekatan.
Sebagai tanda tanggungjawab dan penghargaan, i-Sayang wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun kecil jumlahnya, impaknya besar untuk masa depan keluarga.
Semoga bermanfaat.
BACA : 7 Tip, Cara Elak Suhu Enjin Kereta Naik Tiba-Tiba
BACA :
7 Cara Untuk Cuci Kesan Kotoran Degil Pada Pakaian