Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

7 Rahsia Penting Elak Suhu Enjin Kereta Naik Tiba-Tiba
Suhu enjin kereta yang meningkat secara tiba-tiba bukan sahaja boleh menyebabkan panik malah ianya berisiko merosakkan komponen enjin secara kekal.
Bayangkan anda sedang memandu di tengah kesesakan lalu lintas, tiba-tiba lampu amaran suhu menyala atau lebih teruk asap mula keluar dari bonet. Inilah antara petanda awal bahawa enjin kereta anda sedang mengalami overheating.
Masalah ini sering berlaku namun ramai pemilik kenderaan masih kurang mengambil berat tentangnya.Hakikatnya suhu enjin yang melonjak naik secara mendadak bukan berlaku tanpa sebab.
Ia sering berpunca daripada pengabaian rutin penyelenggaraan, sistem penyejukan yang gagal berfungsi atau cara pemanduan yang tidak sesuai.
Situasi ini sebenarnya boleh dicegah lebih awal jika anda tahu langkah yang betul untuk diamalkan.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 rahsia penting yang mampu membantu anda untuk elak suhu enjin kereta anda naik secara tiba-tiba. Ia juga dapat memastikan kenderaan anda kekal dalam keadaan optimum setiap masa.
Radiator berfungsi sebagai sistem penyejukan utama bagi enjin kereta. Ia menyejukkan enjin dengan mengalirkan air dan coolant untuk menyerap haba yang dihasilkan ketika proses pembakaran.
Oleh itu, amat penting untuk memastikan paras air dalam radiator sentiasa mencukupi agar proses penyejukan berjalan lancar.
Lakukan pemeriksaan secara berkala. Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau sebelum memulakan perjalanan jauh. Gunakan cecair penyejuk khas (coolant) yang sesuai dengan spesifikasi kenderaan anda.
Ini kerana coolant mempunyai ciri anti karat dan titik didih yang lebih tinggi berbanding air biasa. Jangan tunggu sehingga enjin mengalami panas melampau baru anda bertindak.
2. Periksa keadaan kipas radiator
Kipas radiator juga bertindak untuk membantu menurunkan suhu air di dalam radiator. Terutamanya apabila kereta berada dalam keadaan pegun seperti di lampu isyarat atau dalam kesesakan lalu lintas.
Sekiranya kipas ini gagal berfungsi, air dalam radiator tidak akan sejuk dengan efektif. Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan suhu enjin meningkat secara mendadak.
Periksa sama ada kipas hidup secara automatik apabila suhu enjin mula meningkat. Jika tidak, kemungkinan besar terdapat kerosakan pada suis termal, relay, atau motor kipas itu sendiri.
Kipas yang tidak berfungsi adalah antara punca utama kes overheating dan perlu diberi perhatian segera sebelum ia mengakibatkan kerosakan lebih serius.
Selain itu, coolant bukan hanya sekadar cecair penyejuk. Ia juga mengandungi bahan aditif untuk mengelakkan karat dan mendapan yang boleh menyekat aliran dalam sistem penyejukan.
Malangnya, ramai pemilik kenderaan mengambil mudah hal ini dan hanya menambah air paip tanpa menukar coolant sepenuhnya.
Coolant yang lama dan kotor boleh mengurangkan keberkesanan sistem penyejukan. Ia juga boleh merosakkan komponen dalaman radiator dan pam air.
Sebaiknya, tukar coolant setiap 40,000 hingga 60,000 km atau mengikut cadangan pengeluar. Proses ini bukan sahaja memastikan sistem penyejukan kekal efisien malah mampu memanjangkan jangka hayat enjin anda.
4. Periksa drive belt dan pam air
Pam air juga memainkan peranan penting dalam mengalirkan coolant ke seluruh sistem enjin. Ia digerakkan oleh tali sawat (drive belt) dan sekiranya tali ini putus, longgar atau haus maka coolant tidak akan dapat beredar dengan sempurna.
Akibatnya, suhu enjin akan naik dengan cepat dan boleh menyebabkan overheating yang berbahaya.
Lakukan pemeriksaan tali sawat secara berkala. Lihat sama ada terdapat kesan rekahan, kekenduran atau bunyi yang tidak normal ketika enjin dihidupkan.
Selain itu, jika anda perasan suhu enjin kerap naik atau terdapat kebocoran air berhampiran pam air, itu tanda bahawa pam air mungkin perlu diganti.
Pencegahan awal lebih murah berbanding menukar keseluruhan enjin akibat kerosakan yang tidak dipantau.
Di samping itu juga, pemanduan di kawasan berbukit atau ketika mendaki jalan curam memerlukan tenaga tambahan daripada enjin.
Ini akan menyebabkan penghasilan haba yang lebih tinggi berbanding pemanduan di jalan rata. Jika anda tidak mengawal cara pemanduan dengan betul, suhu enjin boleh meningkat dengan mendadak.
Untuk mengurangkan tekanan pada enjin, tukar kepada gear rendah ketika mendaki dan elakkan menekan pedal minyak secara berterusan.
Jika perlu, berhenti seketika di tempat yang selamat untuk membolehkan enjin ‘bernafas’ dan menyejukkan sistem secara semula jadi.
Tindakan ini bukan sahaja membantu mengawal suhu tetapi juga melindungi komponen dalaman daripada haus pramatang.
BACA : Bil Melambung? Ini 10 Cara Bijak Jimat Elektrik Rumah Anda
6. Matikan aircond jika suhu meningkat
Pendingin hawa atau aircond memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Namun ia juga menambahkan beban kerja kepada enjin kereta.
Dalam keadaan suhu enjin yang sudah tinggi, penggunaan aircond boleh menyebabkan sistem penyejukan semakin tertekan.
Sekiranya anda perasan suhu enjin naik melebihi tahap normal, langkah sementara yang bijak adalah mematikan pendingin hawa.
Ini akan mengurangkan beban ke atas enjin dan memberi ruang untuk suhu kembali stabil. Selain itu, buka tingkap untuk pengudaraan dan sekiranya perlu, berhentilah di tempat yang selamat untuk memeriksa sistem penyejukan dengan lebih teliti.
Antara lain, penutup radiator mungkin kelihatan seperti komponen kecil dan tidak penting. Namun sebenarnya ia memainkan peranan besar dalam mengekalkan tekanan yang betul dalam sistem penyejukan.
Tekanan ini penting untuk mengelakkan air mendidih terlalu awal dan memastikan aliran coolant berjalan lancar.
Jika penutup rosak, haus atau tidak ketat ia boleh menyebabkan air mendidih dan terkeluar dari sistem penyejukan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan enjin menjadi terlalu panas.
Oleh itu, pastikan penutup radiator dalam keadaan baik dan menggunakan spesifikasi yang sesuai dengan model kereta anda.
Elakkan menggunakan penutup universal yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan tekanan tidak seimbang dalam sistem.
Sebagai kesimpulan, masalah suhu kereta yang naik secara tiba-tiba bukan sahaja membahayakan keselamatan anda di jalan raya tetapi juga boleh mengakibatkan kos pembaikan enjin yang tinggi.
Dengan melakukan penyelenggaraan berkala dan peka terhadap tanda-tanda awal overheating, anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga memanjangkan jangka hayat kenderaan anda.
Sumber : gomechanic, gulfoilltd
BACA : Kereta Tak Hidup & Tak Boleh Start, Ini 6 Sebab Anda Wajib Tahu