Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pempengaruh Permotoran Dijumpai, Laporan Kehilangan Dipercayai Direka – Polis
MUAR — Kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dipercayai hilang setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong terjawab selepas ditemui hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata siasatan polis mendapati bahawa laporan kehilangan individu terbabit disyaki direka untuk kepentingan peribadi.
Susulan itu, satu kertas siasatan berhubung laporan polis palsu, pemberian keterangan tidak benar serta bersubahat dalam insiden berkenaan.
“Pada 15 Julai 2025, seorang lelaki berusia 30 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Lenga berkenaan kehilangan abangnya Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 tahun.
“Mangsa dikatakan telah hilang selepas memaklumkan bahawa beliau dalam perjalanan ke Muar untuk membaiki kenderaan, ekoran laporan tersebut, satu kertas siastan orang hilang telah dibuka.
Tambah Raiz Mukhliz, siasatan mendedahkan bahawa mangsa dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran.
Adik mangsa mengesahkan bahawa dia turut bersubahat dan berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengaburi siasatan polis.
“Kedua-dua individu tersebut telah diambil keterangan dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas pihak polis memperolehi kebenaran menyiasat (OTI) dari pihak Pendakwa Raya.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan Seskyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sehubungan itu, pihak polis menegaskan bahawa tindakan membuat laporan palsu merupakan satu kesalahan serius yang boleh menjejaskan tugas serta sumber kepolisian, yang seharusnya ditumpukan kepada akses-akses sebenar dan kecemasan.
“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan sistem laporan polis untuk tujuan peribadi atau jenayah. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.
Sumber: Polis Daerah Muar