Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Piala Mandiri ASEAN B-23: Bakal Berdepan Malaysia, Ini Kata Kelab Penyokong Indonesia
Meskipun hanya selangkah lagi ke separuh akhir, Indonesia tetap berazam untuk meraih kemenangan ke atas Harimau Muda.
Aksi terakhir Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23 itu akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta.
Skuad kendalian Gerald Vanenburg hanya perlu mencatat keputusan seri atau menang ke atas Malaysia bagi memastikan kemaraan.
Namun, mereka bakal tersingkir sekiranya tewas dengan perbezaan lebih daripada dua jaringan.
“Saya hanya mahu menunjukkan permainan saya dan saya tidak mahu tahu bagaimana kedudukan kami.
“Kami hanya perlu menang perlawanan seterusnya dan hanya itulah cara sepatutnya untuk kami berfikir,” katanya.
Sementara itu, kelab penyokong Indonesia, La Grande Indonesia, turut menyuarakan harapan sama, dengan menyifatkan perlawanan menentang Malaysia sebagai lebih daripada sekadar perlawanan biasa.
Menurut mereka, perlawanan yang bakal berlangsung melibatkan maruah dan persaingan tradisi antara dua negara jiran.
Difahamkan, semua tiket perlawanan sudah habis terjual dan Stadium GBK dijangka dipenuhi penyokong tuan rumah yang mahu menyaksikan pertarungan klasik ini.
Dalam pada itu, skuad Harimau Muda bimbingan Nafuzi Zain kini berdepan misi hidup atau mati apabila wajib menewaskan Indonesia untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.
Tugas ini menjadi lebih mencabar susulan kekalahan mengejut kepada Filipina dalam perlawanan pembukaan.
Tiada ruang untuk kesilapan buat skuad B-23 negara kerana hanya kemenangan dengan keputusan terbaik dapat membuka peluang untuk muncul sebagai juara kumpulan.
Sekurang-kurangnya, mereka perlu berada dalam kalangan pasukan di tangga kedua terbaik daripada tiga kumpulan untuk mara ke separuh akhir.
Dari segi rekod pertemuan, Malaysia pernah menewaskan Indonesia sebanyak 11 kali dan tewas sebanyak lapan kali dalam sejarah pertemuan terdahulu.
Untuk info, perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803), selain turut distrim secara dalam talian melalui platform Astro GO dan sooka.
BACA: Ini Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dengan Indonesia – Media Indonesia
BACA: Ini Jadi Kalau Malaysia Lawan Indonesia – Pengulas Vietnam
BACA: Baja Malaysia Jadi Buruan Petani Negara Jiran, Ahli Politik Indonesia Dedah Ini Sebabnya
Sumber: Stadium Astro