Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tip Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Supaya Tahan Lama
Peti sejuk bukan sekadar tempat untuk menyejukkan makanan. Ia juga ‘penyelamat’ yang memastikan makanan yang kita simpan kekal segar, bersih dan tahan lebih lama.
Tapi, walaupun hampir setiap rumah ada peti sejuk dan kita gunakannya setiap hari, masih ramai yang tidak tahu cara penyimpanan makanan yang betul.
Letak makanan di tempat yang salah, susun ikut suka hati. Padahnya, makanan boleh cepat rosak, berair, berbau dan akhirnya terpaksa dibuang. Rugi kan?
Sebenarnya, ada teknik mudah dan susunan tertentu yang boleh bantu kekalkan kesegaran makanan dalam tempoh lebih lama, seperti dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bahagian Chiller: Simpan makanan yang tidak perlu dimasak seperti yogurt, keju dan makanan sisa.
Bahagian Tengah: Simpan makanan seperti susu, jus dan telur.
Bahagian Ais: Bahagian ini adalah yang paling sejuk, sesuai untuk menyimpan daging mentah, ikan dan makanan laut.
Pintu Peti Sejuk: Simpan bahan-bahan seperti sos, minuman dan makanan yang tidak mudah rosak.
Balut makanan dengan baik atau simpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan bau dan pencemaran.
Biarkan makanan sejuk sepenuhnya sebelum menyimpannya dalam peti sejuk untuk mengelakkan peningkatan suhu dalam peti sejuk.
Labelkan setiap bekas dengan nama makanan dan tarikh ia disimpan untuk mengelakkan kekeliruan dan memakan makanan yang busuk.
Letakkan makanan yang lebih lama di bahagian hadapan supaya ia digunakan dahulu sebelum yang baru.
Jangan isi peti sejuk terlalu penuh kerana ini boleh menghalang aliran udara sejuk, menjadikan makanan lebih cepat rosak.
Pastikan suhu peti sejuk berada pada 1-4°C untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang selamat.
Dengan mengikuti tips ini, anda boleh memastikan makanan dalam peti sejuk anda kekal segar lebih lama dan selamat untuk dimakan.
BACA: Bahaya Pakai Bulu Mata Palsu, Boleh Jadi Penyebab Kanser
BACA: Rupanya Ini Fungsi Garisan Di Cermin Belakang Kereta
BACA: Pilih Face Mask Yang Betul Ketika Musim Jerebu
Sumber: Majlis Keselamatan Negara