Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Nak Travel ke China? Ini Syarat Terkini Untuk Powerbank
Kredit : Reddit
Tiada Kategori

Nak Travel Ke China? Ini Syarat Terkini Untuk Bawa Powerbank

suhaila

Nak Travel ke China? Ini Syarat Terkini Untuk Powerbank

Seiring perkembangan teknologi dan keperluan harian, powerbank kini seakan menjadi teman setia para pelancong.

Tidak kira ke mana destinasi, ramai yang memilih untuk membawa powerbank sebagai langkah berjaga-jaga supaya telefon pintar sentiasa bertenaga.

Malah, kebergantungan pada peranti mudah alih menjadikan powerbank satu keperluan asas yang jarang ditinggalkan.

China sejak sekian lama memang terkenal sebagai salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia. Sama ada untuk membeli-belah, urusan perniagaan atau sekadar bercuti menikmati budaya dan pemandangan menariknya, negara ini sentiasa menjadi tumpuan.

Namun jika anda merancang untuk melancong ke China, ada peraturan baharu yang wajar anda ambil tahu . Terutama jika anda menaiki penerbangan domestik di dalam negara tersebut.

Mulai 28 Jun 2025, China telah memperkenalkan peraturan yang ketat berhubung penggunaan powerbank dalam penerbangan domestik.

Setiap powerbank wajib mempunyai cap “3C” atau CCC (China Compulsory Certificate) yang sah dan jelas kelihatan. Tanpa logo ini, penumpang berisiko tinggi untuk dikenakan sekatan.

BACA : 10 Lokasi Terbaik “Sunrise & Sunset” Di Lembah Klang

Powerbank anda boleh disita di pintu pemeriksaan keselamatan dan paling buruk, anda boleh dihalang menaiki kapal terbang.

Beberapa lapangan terbang di China dilaporkan sudah mula melaksanakan pemeriksaan ketat lebih awal, sejak hujung Jun 2025.

Berita baiknya, peraturan ini tidak terpakai untuk penerbangan antarabangsa. Sekiranya anda berlepas dari Malaysia terus ke mana-mana bandar di China, anda masih boleh membawa powerbank tanpa cap 3C.

Apa yang perlu diutamakan ialah had kapasiti. Berdasarkan peraturan antarabangsa, penumpang dibenarkan membawa:

  • Maksimum dua unit powerbank dengan kapasiti sehingga 100 Wh setiap satu (kira-kira 20,000 mAh @ 5 V).

  • Jika kapasiti antara 100–160 Wh, hanya satu unit dibenarkan dan anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada syarikat penerbangan.

  • Jika melebihi 160 Wh, sama sekali tidak dibenarkan dibawa naik ke dalam pesawat.

Satu lagi perkara penting iaitu powerbank wajib disimpan dalam bagasi kabin dan bukan di dalam bagasi daftar masuk.

Sepanjang penerbangan, powerbank juga tidak boleh digunakan atau dicaj dan penumpang digalakkan memastikan peranti berada dalam keadaan tertutup sepenuhnya.

Perlu diingat, cabaran timbul jika anda bercadang menaiki penerbangan sambungan domestik sebaik tiba di China. Contohnya, jika anda tiba di Guangzhou kemudian meneruskan penerbangan ke Beijing maka peraturan cap 3C akan terpakai.

Dalam kes begini, sebaiknya anda semak terlebih dahulu sama ada powerbank anda mempunyai logo 3C dan bukan model yang pernah ditarik balik (recalled).

Anda boleh membuat semakan di laman rasmi mereka iaitu SAMR Defective Product Technical Center atau bertanya terus dengan syarikat penerbangan yang akan dinaiki.

Sebagai langkah persediaan, pastikan juga anda tahu cara mengira kapasiti sebenar dalam Wh. Caranya mudah: Wh = (mAh × V) ÷ 1000.

Tahu kapasiti powerbank yang dibawa

Kebanyakan powerbank mudah alih pada masa kini mempunyai kapasiti sekitar 10,000–20,000 mAh dengan voltan 5 V, jadi masih selamat dibawa.

Ringkasnya, bagi pelancong Malaysia yang hanya menaiki penerbangan antarabangsa terus ke China, syarat cap 3C ini tidak perlu dirisaukan.

Namun patuhi had kapasiti, bawa dalam beg tangan dan pastikan tidak melanggar peraturan penggunaan di dalam pesawat.

Kesimpulannya, sedikit perhatian dan persediaan awal boleh menyelamatkan anda daripada sebarang masalah di pintu keselamatan lapangan terbang.

Powerbank yang betul bukan sahaja memudahkan perjalanan malah mengelakkan anda daripada kerugian dan kesulitan. Jadi semak peraturan, pastikan spesifikasi dan nikmati percutian ke China dengan hati yang tenang.

Sumber : chinatravelnews

BACA : BWE 2025: Bantuan RM600 Sebulan Untuk Warga Emas