Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tiga Gabung Jadi Satu, Rakyat Malaysia Bakal Berdepan ‘Sesuatu Yang Mega’ Bermula 30 Julai Ini

syafiq halim

Tiga Gabung Jadi Satu, Rakyat Malaysia Bakal Berdepan ‘Sesuatu Yang Mega’ Bermula 30 Julai Ini

Sudah 7 bulan lebih kita melalui tahun 2025 dengan pelbagai pencapaian dan juga cabaran yang baharu. Perkara itu bukanlah alasan untuk kita berhenti berusaha, tapi akan jadi pemangkin supaya jadi negara yang lebih berdaya saing.

Sejak awal tahun lagi, pelbagai perkara-perkara besar yang berlaku di sekeliling kita, namun semua itu dapat di harungi bersama, di bawah satu bumbung Malaysia. Namun, tahu tak yang bermula 30 Julai ini, sesuatu yang mega bakal berlaku di mana perkara itu boleh mempengaruhi perjalanan kehidupan seseorang.

Apa yang lebih dahsyat, ‘sesuatu yang mega’ ini bakal terhasil daripada tiga gabungan elemen besar yang berlaku di Malaysia pada setiap tahun. Cumanya pada kali ini, ketiga-tiga perkara ini digabungkan sehingga menjadikan ia sesuatu yang mega, yang sudah pasti memberi impak besar kepada rakyat Malaysia.

‘Sesuatu yang mega’ yang dimaksudkan itu adalah Karnival Mega 3 Dimensi yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bersama dua lagi 2 penganjur bersama. Dikatakan, penganjuran kali ini merupakan karnival keusahawanan paling besar yang bakal berlaku pada tahun ini.

Karnival Mega 3 Dimensi:- Karnival Keusahawanan Paling Besar Tahun Ini !!!

Buat pertama kalinya, KKDW, KUSKOP dan FELDA berkerja rapat bagi menjayakan gabungan mereka dalam menganjurkan karnival keusahawanan yang dipadatkan dengan pelbagai aktiviti dan program untuk orang ramai, khususnya pada usahawan yang ingin melariskan produk mereka, mahupun ingin mendapat ilmu berkaitan keusahawanan.

Apa yang luar biasa dengan karnival ini adalah himpunan 3 acara besar di bawah bumbung yang sama iaitu Karnival Usahawan Desa, Satu Daerah Satu Industri dan juga Hari Peneroka Felda. Sudah pasti, jika anjurkan karnival mega seperti ini, mesti akan ada segala aktiviti yang menarik untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.

Berdepan ‘Sesuatu Yang Mega'

Tapi apa yang menarik dengan MK3D2025?

Terdapat pelbagai tarikan untuk para pengunjung datang ke karnival ini, dan antaranya adalah peluang pembiayaan perniagaan, seri padanan perniaga, kelas bersama pakar industri, persembahan artis popular dann cabutan bertuah serta aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Sebelum datang ke karnival ini, 5 perkara inilah yang korang kena teliti dahulu. Bukan apa, senang bila dah sampai, korang boleh aturkan perjalanan ke mana hendak di tuju dahulu kerana karnival ini bersifat mega, jadi macam-macam ada. Kalau tak singgah ke satu-satu tarikan utama, rasa rugi pulak. Apatah lagi kalau terlepas daripada mendapat ilmu-ilmu keusahawanan secara percuma.

Bukan itu saja, akan ada lebih 1,000 usahawan desa dari seluruh negara bakal berkampung di sini bagi menjayakan dan memeriahkan karnival tersebut.

Berdepan ‘Sesuatu Yang Mega'

Aktiviti Tarikan Pengunjung

Selain tarikan utama yang korang kena teliti, terdapat banyak lagi aktiviti tarikan pengunjung yang disediakan untuk korang semua. Antaranya adalah Jualan Rahmah MADANI, masakan keunikan negeri Citarasa Desa & Food Truck, HIT Stylista, Make Up Challenge, Magix Show, pelbagai demonstrasi, pertandingan hafazan Al-Quran, pertandingan sulaman benang, persembahan kebudayaan, persembahan Cak Lempong dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik perhatian pengunjung adalah karnival ini turut mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan, termasukalah hadiah sebuah kereta.

MK3D2025: Medan Penting Lonjak Potensi Usahawan Desa – TPM Zahid Hamidi

Seperti yang dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, karnival ini merupakan platform strategik dan medan penting bagi memperkasa dan juga melonjakkan potensi usahawan desa. Ia adalah selari dengan agenda Kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi luar bandar melalui TVET, digitalisasi dan perluasan jaringan pasaran baharu.

Sambil mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turun padang bersama menyemarakkan semangat keusahawanan ini, beliau juga menegaskan ini adalah medan untuk kita menyokong produk tempatan dan juga membina jaringan niaga serta melonjakkan potensi usahawan desa ke pentas dunia.

Bila dan di mana MK3D2025?

Karnival Mega 3 Dimensi 2025 ini bakal berlangsung dari 30 Julai sehingga 3 Ogos 2025, bertempat di MITEC, Kuala Lumpur. Karnival ini akan mula ‘bersiaran’ pada jam 10 pagi sehingga 10 malam sepanjang 5 hari penganjuran karnival.

Ada Jualan Produk Desa

Bagi yang rindukan suasana kampung, mungkin inilah tempat dan waktu paling sesuai untuk korang lepaskan segala rindu itu. Di MK3D2025, ada juga jualan produk desa di mana korang boleh rasa keenakan kuih tradisi, sambal tumis mak cik hingga kopi kampung serta pelbagai lagi makanan tradisional.

Tak habis dengan makanan sahaja, ada juga hasil kraftangan desa yang pasti memukau dan dapat buatkan korang rasa kagum dan rindu dengan suasana kampung.

Konsert Karnival Mega 3 Dimensi

Biasanya kalau nak tengok konsert dengan barisan artis yang ‘power’, mesti kena bayar tiket mahal kan. Tapi untuk di MK3D2025 korang jangan risau, Konsert Karnival Mega 3 Dimensi diadakan secara percuma dengan barisan artis yang hebat. Antaranya adalah Aina Abdul, Akim & The Majistret, Khai Bahar, Adira Suhaimi, Atu Zero dan ramai lagi.

Untuk konsert ini akan berlangsung pada waktu kemuncak karnival iaitu pada Sabtu, iaitu 2 Ogos 2025 bertempat di Ballroom, Aras 3.

Berdepan ‘Sesuatu Yang Mega'

Kupon Penggalak Jualan

Sama seperti di Karnival Usahawan Desa sebelum ini, penggunaan kupon penggalak jualan turut akan digunakan bagi pelaksanaan Program KUD@MK3D ini. Sejumlah 50,000 keping yang mana setiap 10,000 akan diedarkan setiap hari akan diberikan secara percuma kepada semua pengunjung untuk memeriahkan lagi jualan usahawan yang menyertai karnival ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM250,000 diperuntukkan bagi perkara ini, demi merancakkan jualan.

Ada Shuttle Bus

Bagi pengangkutan, jangan risau sebab MK3D akan menyediakan perkhidmatan shuttle bus untuk membawa para pengunjung dari beberapa lokasi. Antaranya adalah KL Sentral, Sunway Putra Mall & Stesen MRT Titiwangsa.

Jadi kalau korang tak mahu penat memandu, korang boleh je naik shuttle bus yang disediakan dengan kerjasama strategi bersama syarikat MARALiner & Prasarana.

Tak Rugi Datang Karnival Mega 3 Dimensi

Rasanya korang dah boleh mula rancang nak pergi ke karnival ini dengan siapa, atau sudah boleh mula mengajak orang tersebut dari sekarang. Bukan apa, kalau terlepas karnival mega sebegini, pasti rugi dek kerana terlepas pelbagai ilmu, pengalaman dan juga pelbagai tarikan-tarikan yang menarik. Karnival ini berlangsung selama 5 hari, bermula Rabu 30 Julai sehingga Ahad 3 Ogos.

Untuk dapatkan pelbagai lagi maklumat lanjut mengenai karnival ini, korang boleh layari laman-laman sosial di bawah, di mana inilah penganjur-penganjur utama karnival ini.

KKDW

KUSKOP

FELDA