Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Achraf Hakimi Hukuman penjara
Gambar: AFP

Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

Iqbal Yasir

Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

PARIS — Pendakwa raya Perancis pada Jumaat menggesa agar bintang bola sepak Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi, dibicarakan di mahkamah jenayah atas tuduhan merogol seorang wanita muda pada tahun 2023, lapor Le Monde.

Menurut pejabat pendakwa raya Nanterre, permintaan telah dibuat kepada hakim penyiasat untuk merujuk kes itu ke mahkamah jenayah.

“Kini terpulang kepada hakim penyiasat untuk membuat keputusan dalam kerangka perintahnya,” kata pejabat itu kepada Agence France-Presse (AFP).

Jika didapati bersalah, Hakimi berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun di bawah undang-undang Perancis.

Hakimi, 26, yang membantu PSG menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama musim ini , dituduh merogol seorang wanita berusia 24 tahun pada 25 Februari 2023 di kediamannya di pinggir Paris, ketika isteri dan anak-anaknya berada di luar negara.

Difahamkan, mangsa mendakwa Hakimi telah membayarnya untuk datang ke rumahnya dengan menaiki teksi yang turut ditanggung oleh pemain itu.

Menurut sumber polis, wanita berkenaan memberitahu bahawa Hakimi melakukan gangguan seksual tanpa persetujuan.

Dia dikatakan sempat menghantar mesej kepada rakannya untuk meminta bantuan dan berjaya keluar dari rumah itu.

Walaupun wanita itu enggan membuat aduan rasmi, pihak pendakwa tetap meneruskan siasatan dan mengenakan tuduhan ke atas Hakimi.

Mereka juga mengesahkan bahawa wanita itu mula berkenalan dengan Hakimi menerusi Instagram pada Januari 2023.

Peguam wanita terbabit, Rachel-Flore Pardo, berkata kepada AFP, “anak guam saya menerima berita ini dengan rasa lega yang amat besar.”

Sementara itu, peguam Hakimi, Fanny Colin, menyifatkan permintaan pendakwa raya agar kes dibawa ke perbicaraan sebagai tidak masuk akal dan tidak berasas berdasarkan fakta kes.

Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya permintaan itu diteruskan, pihaknya akan menggunakan semua saluran rayuan yang ada.

Sumber: Le Monde, Daily Mail