Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Arahan Lanjut Kes Kematian Zara Qairina – AGC

Iqbal Yasir
Kes Kematian Zara Qairina AGC
Gambar: Bernama

Arahan Lanjut Kes Kematian Zara Qairina – AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung arahan lanjut kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Setelah Jabatan ini meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina, Jabatan ini berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan ke atas jenazah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.

Sumber: Jabatan Peguam Negara Malaysia