Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Laungan Solidariti Untuk Zara Qairina Bergema Di Sabah

Iqbal Yasir
Solidariti zara qairina sabah
Gambar: orang awam

Laungan Solidariti Untuk Zara Qairina Bergema Di Sabah

Ribuan orang awam turun berhimpun sebagai tanda solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Sandakan, Sabah pada malam ini.

Difahamkan, perhimpunan berkenaan dilakukan sejak awal malam ini, dengan sebahagiannya telah turun lebih awal ke lokasi berkenaan.

Laungan ‘Allahuakbar’, ‘Justice for Zara’ Bergema

Menerusi tinjauan SK di media sosial, laungan slogan ‘Allahuakbar’, ‘Justice for Zara’ bergema, sebagai tanda sokongan terhadap pelajar Tingkatan Satu itu.

Meskipun suasana dilihat bertambah sesak pada sebelah malam, namun ia masih dalam keadaan terkawal.

Terdahulu, Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai

Sumber: Orang awam/TikTok