Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat Diadakan Buat Zara Qairina

Sofea
Kredit: Bernama

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat Diadakan Buat Zara Qairina

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk Zara Qairina akan diadakan di semua surau dan masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 14 Ogos selepas solat Maghrib.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Menurutnya, beliau mengarahkan majlis itu dilakukan sebagai tanda solidariti, doa dan ingatan tulus sebagai sebuah keluarga besar umat Islam terhadap Almarhumah Zara Qairina.

BACA JUGA: Kes Zara Qairina: Bukit Aman Ambil Alih Siasatan, Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

“Di samping, memohon agar Allah SWT mencucuri rahmat dan mengampuni segala dosanya, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk sama-sama hadir dan menyertai majlis bacaan yasin dan solat hajat di masjid atau surau masing-masing.

“Semoga doa yang dipanjatkan secara berjemaah ini memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan menjadi bekalan pahala buat almarhumah,” katanya.

Sumber: Dato’ Setia Dr.Naim