Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gadis Rai Kejayaan A-Level Dengan Keluarga, Ramai Tumpang Bangga
Umum mengetahui, pendidikan merupakan aset penting dalam membentuk masa depan yang cemerlang bagi setiap individu.
Kejayaan akademik bukan sahaja memberi kepuasan diri, tetapi juga menjadi sumber kebanggaan dan inspirasi kepada keluarga.
Baru-baru ini, sebuah video perkongsian seorang pelajar dari Kolej Mara Seremban menarik perhatian ramai apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi A-Level.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @sdtlaishahh, reaksi keluarga yang bersama-sama melihat keputusan tersebut jelas menunjukkan sebak dan kegembiraan yang mendalam.
Difahamkan, pelajar ini berjaya lulus A-Level dengan cemerlang dalam subjek Fizik, Matematik dan Kimia.
Untuk makluman, A-Level merupakan satu program yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, khususnya untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
Dengan pencapaian tersebut, anak kedua daripada tujuh beradik itu akan memulakan pengajian pada bulan februari 2026 selama 4 tahun dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University of Sydney.
Tidak berhenti setakat itu, dia juga bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat master selepas tamat ijazah sarjana muda.
“Harapan saya untuk masa depan nak sambung belajar ke peringkat paling tinggi dan dapat bantu keluarga saya,” katanya ketika dihubungi SK.
Selain perancangan akademik, pelajar ini juga berkongsi beberapa tip penting yang menjadi amalan hariannya untuk mencapai kejayaan.
Dalam pembelajaran pula, Aishah menekankan kepentingan memahami konsep secara mendalam berbanding sekadar menghafal teori.
Tambahnya lagi, minat yang tinggi untuk belajar adalah kunci utama bagi terus berjaya dalam akademik.
Kisah pelajar ini telah membuktikan bahawa kejayaan akademik bukan sahaja bergantung kepada usaha sendiri, tetapi juga kepada sokongan keluarga yang tinggi.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video tersebut juga berjaya meraih pujian daripada Dr. Asyraf Wajdi Dusuki iaitu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
“Tahniah, ingat belajar bersungguh-sungguh dengan niat satu hari nanti balik untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara,” katanya.
Rata-rata warganet juga mengucapkan tahniah dan menyokong pencapaian cemerlang pelajar ini di samping mendoakan kejayaannya pada masa hadapan.
“Tahniah dan semoga terus berjaya”.
“Tahniah. Semoga menjadi inspirasi kepada orang lain”.
“Tahniah adik. Jaga diri nanti. Cari circle yg baik-baik. Jangan terjebak dengan yang tak elok”.
“Tahniah Adik. Ikutlah resam padi semakin meninggi semakin menunduk”.
“Tahniah adik, awak anak yg bijak. Hargai segala nikmat yang Allah beri dekat awak. Jaga diri, jaga maruah, jaga agama dan jaga bangsa dengan baik”.
“Alhamdulilah Tahniah adik. Allah mudahkan urusan dan makbulkan doa mereka yg dikehendaki Moga terus sukses”.
BACA: MARA Lantik Warden MRSM Bekas Tentera Sepenuh Masa
BACA: Lelaki Nyaris Maut, Gajah ‘Naik Minyak’ Lepas Cuba Ambil Gambar
BACA: Bila Otai Keris Hitam Bersepuh Emas Dah Kumpul, Lain Macam ‘Vibe’nya
Sumber: Tiktok @sdtlaishahh