Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ibu bapa anak kidal
Gambar via Autonomous

Ini Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan Jika Anak Seorang Kidal

Iqbal Yasir

Ini Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan Jika Anak Seorang Kidal

Seperti yang diketahui, kebanyakan orang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kanan.

Tidak seperti mereka yang bertangan kidal, menjadikan insan ini mempunyai keunikan yang tersendiri.

Tahukah anda, mereka yang bertangan kidal ini mempunyai hari khusus untuk mereka.

Setiap kali tanggal 13 Ogos, seluruh dunia akan menyambut Hari Kidal Sedunia.

Bersempena dengan hari ini, SK kongsikan bagaimana ingin mengenali insan bertangan kiri ini sejak di usia yang masih kecil.

Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu Jika Anak Anda Seorang Kidal?

Statistik menunjukkan bahawa 9 daripada 10 individu di dunia ini mempunyai tangan kanan yang dominan. Hanya 1 daripada individu itu yang mempunyai tangan kiri yang dominan atau kidal. Sekiranya anda atau pasangan sendiri adalah kidal, anak anda juga lebih berpotensi untuk lahir dengan tangan kiri yang dominan. Jika anak anda merupakan salah seorang yang bertangan kidal, bagaimanakah untuk mengetahuinya dengan lebih awal dan membesarkan mereka dengan betul? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Bagaimanakah untuk mengetahuinya?

Sebenarnya, agak sukar untuk mengetahui jika anak anda seorang yang kidal sebelum mereka mencecah usia 4 tahun. Ini kerana sebelum itu mereka akan cenderung menggunakan kedua-dua belah tangan mereka untuk mencapai, menyentuh atau memegang sesuatu. Sebagai contoh, anak anda mungkin akan menggunakan tangan kanan untuk menulis pada kertas dan tangan kiri untuk membaling bola. Ia adalah normal dan anda tidak perlu risau tentangnya.

Menurut kajian, ibu bapa mungkin sudah boleh mengesan sama ada anak mereka kidal atau tidak ketika mereka berusia sekitar 2 – 3 tahun atau lebih awal lagi. Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bereksperimen dengan kedua-dua tangan mereka. Letakkan mainan di hadapan mereka dan lihat tangan mana yang kerap digunakan untuk mencapainya. Namun begitu, ini hanyalah sebagai pemerhatian yang kasar dan segalanya akan terjawab apabila mereka mencecah usia 4 tahun kelak.

Bagaimanakah untuk membesarkan mereka?

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu anak anda menyesuaikan diri dengan penggunaan tangan kidal mereka. Ini kerana mereka akan menghadapi beberapa cabaran ketika sedang membesar. Perkara yang paling penting untuk anda tahu adalah jangan sesekali menganggap bahawa ini adalah perkara yang tidak normal dan memaksa mereka untuk mengubahnya dan menggunakan tangan kanan. Selain itu, anda juga perlu melakukan perkara-perkara berikut:

1. Jangan mengelirukan mereka antara kiri atau kanan

Jika anak anda seorang kidal dan anda ingin meminta mereka melakukan sesuatu seperti makan dengan menggunakan tangan kanan mereka, jangan gunakan istilah ‘kiri’ atau ‘kanan’. Sebaliknya, anda boleh gunakan contoh seperti ‘gunakan tangan yang ini/itu’ sambil menunjukkan ke arah tangan mereka. Perlakuan kecil seperti ini sebenarnya boleh mampu membimbing anak anda yang kidal untuk menyesuaikan diri tanpa mengambil kira penggunaan tangan kiri atau kanan dan sama ada ia betul atau salah. Ini juga membantu mengurangkan tekanan mereka lalu membuat mereka rasa lebih diterima.

2. Biarkan mereka putuskan sendiri tangan mana yang ingin digunakan

Pada mulanya, mereka mungkin akan rasa keliru kerana mereka agak berbeza dengan individu lain yang banyak menggunakan tangan kanan terutamanya kawan-kawan rapat mereka, namun selepas dorongan dan ulangan perlakuan itu, mereka dapat membiasakan diri. Apa yang anda boleh lakukan adalah bersabar dan selalu menyokong mereka menggunakan mana-mana tangan mereka sehingga ia menjadi suatu kebiasaan.

3. Jadikan aktiviti menulis sebagai sesuatu yang mudah

Anda semua mesti pernah melihat individu kidal menulis, bukan? Lihat sahaja bahagian tepi tapak tangan mereka, mesti akan comot dengan dakwat pensel atau pen. Ini kerana mereka yang menulis dalam tulisan rumi terutamanya akan menyentuh kembali hasil tulisan mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali memarahi mereka kerana itu. Sebaliknya sediakan kain atau tisu di sebelah anak anda ketika mereka menulis untuk mereka mudah membersihkan kekotoran tersebut dan meneruskan tugasan mereka seperti biasa.

4. Kenali kelebihan mereka

Ibu bapa juga perlu selalu memuji mereka dengan mengatakan bahawa mereka adalah istimewa dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebagai contoh, ada kajian yang mengatakan bahawa individu kidal sebenarnya adalah lebih kreatif daripada individu lain. Selain itu juga, individu kidal juga sebenarnya mempunyai kelebihan dalam sukan. Lihat sahaja ikon sukan bola sepak terkemuka di dunia seperti Lionel Messi, yang juga merupakan seorang yang kidal. Pastikan mereka tahu tentang perkara ini dan sentiasa mengingatkan mereka mengenainya.

Kidal atau tidak, itu sebenarnya tidak penting, anda sebenarnya tidak perlu menganggap ini adalah satu masalah yang besar kerana tidak wujud banyak perbezaan antara individu yang kidal atau tidak. Paling penting, anda sebagai ibu bapa perlu sentiasa mendorong dan menyokong anak anda untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan.

Sumber: Hello Doktor

BACA: Dikatakan Lebih Bijak, Ini Fakta Dan Mitos Pemilik Tangan Kidal Perlu Tahu