Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penjawat Awam Kini Boleh Ambil Cuti Haji Tanpa Syarat Pengesahan Perkhidmatan – Anwar
Kerajaan memansuhkan syarat pengesahan perkhidmatan bagi kemudahan Cuti Haji untuk semua penjawat awam lantikan tetap.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, syarat tersebut dimansuhkan kerana tempoh menunggu giliran haji yang semakin lama.
Beliau mengumumkan perkara terbabit di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) pada Jumaat.

Selain inisiatif ini, Anwar juga mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk penjawat awam sebagai tanda penghargaan.
Antaranya adalah mengenai insentif BIPs yang diperluas kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi gred Z4 dan Z5 mulai 1 Januari 2026. Selain itu beliau juga mengumumkan tentang insentif untuk pegawai awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan perbelanjaan sendiri menerusi Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA).
Dalam pada itu, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) juga akan diperkasa menerusi dana sebanyak RM3 juta. Menurutnya, RM1 juta akan diperuntukkan untuk meningkatkan kapasiti pegawai awam dalam bidang baharu seperti AI, Blockchain dan PQC.
RM1 juta lagi akan digunakan untuk mengangkat INTAN sebagai pusat rujukan tadbir urus terbaik, pembangunan modal insan dan kolaborasi awam-swasta. Manakala, RM1 juta adalah untuk menerbitkan dan melaksanakan INTAN Country Report setaraf OECD dan Bank Dunia.
Anwar berkata pengumuman lain untuk penjawat awam akan disampaikannya dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober depan.
Sumber: Anwar Ibrahim