Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribuan Berhimpun Di Kepala Batas, Tunjuk Solidariti Untuk Zara Qairina
Himpunan solidariti untuk Zara Qairina diteruskan dan malam ini memperlihatkan ribuan orang membanjiri Kepala Batas, Pulau Pinang.
Lautan manusia yang memakai pakaian berwarna hitam itu datang dengan harapan agar kes Zara mendapat keadilan yang sewajarnya.
Menerusi video tular, orang ramai dilihat melaungkan solidariti dengan penuh aman. Malah, mereka juga turut melakukan solat jemaah bersama-sama.
“Rehatlah Zara Qairina, dunia ini terlalu kejam bagimu, semoga diberikan keadilan buatmu,” kata salah seorang netizen.
https://www.facebook.com/reel/640352808637847
https://www.facebook.com/photo/?fbid=1617789492703370&set=a.406571443825187
Selain di Kepala Batas, himpunan solidariti ini juga telah diadakan di beberapa lokasi di Sabah. Ia termasuk di daerah Kota Belud pada Khamis.
Bukan itu sahaja, laungan solidariti juga hadir dari luar negara iaitu Indonesia, Filipina, Kemboja, Jepun, China dan banyak lagi.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
Jenazah Allahyarhamah digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang pada 9 Ogos lalu.
Kemudiannya, jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula pada 10 Ogos.
Sumber: Media Sosial