Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UUM Perkenal Koleksi Terbaharu UUM Merchandise Collection

Nur Erizsha
UUM Merchandise Collection
Kredit: Universiti Utara Malaysia (Official FB)/FB

UUM Perkenal Koleksi Terbaharu UUM Merchandise Collection

Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD) memperkenalkan koleksi terbaharu daripada UUM Merchandise Collection (UMC), baru-baru ini.

Koleksi tersebut menampilkan tudung bawal dan tali leher eksklusif UUM yang dilancarkan dalam satu majlis khas disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed bersama Pengarah BSD, Dr. Afiruddin Tapa.

UUM Merchandise Collection
Gambar: Universiti Utara Malaysia (Official FB)/FB
UUM Merchandise Collection
Gambar: Universiti Utara Malaysia (Official FB)/FB

Menurut Prof. Dr. Ahmad Martadha, pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan BSD dalam memenuhi kehendak pengguna, di samping menyediakan produk yang sesuai digunakan dalam kehidupan seharian.

“Usaha ini juga secara tidak langsung memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga universiti agar berbangga membawa identiti UUM ke mana sahaja mereka berada,” katanya.

Dalam pada itu, majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan universiti, pegawai serta warga UUM.

Untuk info, produk eksklusif ini kini boleh didapati di UUM Merchandise Collection (UMC) Boutique yang terletak di Varsity Mall pada harga mampu milik.

Ini sekali gus memberi peluang bukan sahaja kepada warga UUM tetapi juga orang awam untuk memilikinya.

BACA: Insentif Khas Akan Diberi Kepada SMK Dr. Burhanuddin Jika Catat Sifar Buli – Fadhlina

BACA: 600 Pegawai, Anggota Polis Kawal Keselamatan Program RXZ Members 7.0 Minggu Depan

BACA: Malaysia Rangkul Dua Gelaran Juara Badminton Cabaran Antarabangsa 2025

Sumber: Universiti Utara Malaysia (Official FB)