Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penjelasan Lanjut Berhubung Keputusan Menuduh Suspek Terlibat Kes Buli Zara Qairina – AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengeluarkan penjelasan berhubung keputusan menuduh suspek-suspek yang terlibat dalam kes buli membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
“Jabatan ini merujuk kepada Kenyataan Media bertarikh 19 Ogos 2025 yang dikeluarkan oleh peguam lantikan Puan Noraida binti Lamat, ibu kepada arwah Zara Qairina, mengenai permohonan pihak peguam untuk menangguhkan pendakwaan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan serta cadangan pertuduhan pihak peguam di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan (“Kenyataan Media tersebut”).
“Berdasarkan penelitian Jabatan ini terhadap kertas siasatan, pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina.
“Kenyataan peguam di Perenggan 4 kepada Kenyataan Media tersebut adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat.
“Oleh yang demikian, Jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan.
“Dalam hal tersebut, prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar Zara Qairina,” jelas AGC.

BACA: Polis Tahan Lelaki Sebar Kenyataan Palsu Kes Zara Qairina
Sumber: AGC