Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala Futsal Malaysia Kecoh, Ketua Jurulatih Sabah Ditumbuk Pegawai Pasukan

piala futsal malaysia
Kredit: Stadium Astro

Piala Futsal Malaysia Kecoh, Ketua Jurulatih Sabah Ditumbuk Pegawai Pasukan

Perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Futsal Malaysia membabitkan pasukan Sabah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini dicemari insiden pergaduhan melibatkan ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe dengan pegawainya.

Memetik laporan Stadium Astro, Roger telah ditumbuk oleh pegawainya sendiri selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Sabah tewas tipis kepada JDT 3-4.

Pasukan itu pada awalnya mendominasi permainan dengan keputusan 3-1, namun mereka terpaksa akur selepas gawang berjaya dibolosi JDT. Apabila wisel penamat dibunyikan, Roger dilaporkan masuk ke dalam gelanggang dan bertindak agresif.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila dia cuba ditenangkan oleh salah seorang pegawai pasukannya, namun dia bertindak menyiku pegawai terbabit.

Susulan itu, Roger telah ditumbuk oleh pegawai berkenaan sehingga terbaring di atas gelanggang.

Maklumat lanjut mengenai keadaan Roger belum diketahui dan tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan Sabah setakat ini.

Sumber: Stadium Astro