Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

PPZ-MAIWP & AmanahRaya Tandatangani MoU – Kolaborasi Ikonik Strategik Agensi Zakat & Pengurusan Harta Pusaka

Amira
ppz maiwp amanahraya

PPZ-MAIWP & AmanahRaya Tandatangani MoU – Kolaborasi Ikonik Strategik Agensi Zakat & Pengurusan Harta Pusaka

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2025 – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan AmanahRaya Berhad telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan zakat serta memperluas amalan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi umat Islam.

Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di ibu pejabat PPZ-MAIWP itu menjadi titik tolak kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama, termasuklah:

  • Perkhidmatan rundingan zakat dan wakaf tunai secara fizikal dan digital.

  • Penyediaan kaunter zakat bergerak dan digital.

  • Tawaran Kad Setia Hospital Pusrawi kepada pelanggan AmanahRaya yang membayar zakat harta sekurang-kurangnya RM10,000 setahun.

ppz maiwp amanahraya

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, MoU ini menandakan satu lembaran baharu dalam usaha memperluaskan dakwah zakat dan wakaf.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan menyifatkan kerjasama ini sebagai contoh terbaik kolaborasi strategik antara agensi zakat dan pengurusan harta pusaka di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, AmanahRaya akan turut menyediakan perkhidmatan perancangan pewarisan dan peramanahan, termasuk produk Wasiat Asas dan Komprehensif untuk pelanggan PPZ-MAIWP.